awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji rawatan Air Langat dan Cheras ditutup ekoran pencemaran bau

Bernama
Bernama
08/10/2016
02:11 MYT
Loji rawatan Air Langat dan Cheras ditutup ekoran pencemaran bau
Baru-baru ini, loji rawatan air Semenyih (gambar) ditutup empat kali berikutan pencemaran di Sungai Semenyih. - Gambar fail Bernama
Loji rawatan air Langat dan Cheras ditutup malam tadi ekoran pencemaran bau disyaki dari Sungai Semantan di Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong berkata loji rawatan air Langat dan Cheras ditutup masing-masing pada jam 8.30 malam dan 10 malam.
Beliau berkata alur keluar Sungai Serai yang menerima air dari saluran khusus di Sungai Semantan, Pahang, didapati mempunyai bau yang luar biasa pada 7.30 malam tadi.
"Kami telahpun menghubungi Badan Kawalselia Air Pahang yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar Pahang.
"Sementara itu pasukan pemantauan sungai Kumpulan Air Selangor (Air Selangor) kini berada di Pahang untuk membantu mereka mengesan sumber pencemaran itu. Pada masa sama, air dari Empangan Sungai Langat dilepaskan pada 9.45 malam bagi mengurangkan pencemaran bau dalam air mentah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, kata Wong, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan sebahagian daripada Petaling selain Hulu Langat akan mengalami gangguan air sementara.
Beliau berkata bantuan bekalan air akan dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas dan premis kritikal, misalnya hospital dan pusat dialisis.
Wong berkata bagi mengelak kesesakan di pusat panggilan SYABAS, pengguna dinasihati supaya memuat turun aplikasi telefon pintar 'mySYABAS' atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Permohonan untuk mendapatkan bantuan air boleh dibuat dengan menghantar SMS ke 15300, katanya.
Baru-baru ini, loji rawatan air Semenyih ditutup empat kali berikutan pencemaran di Sungai Semenyih, yang mengakibatkan gangguan air di beberapa kawasan seperti daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
Operasi di loji rawatan air Semenyih akan bersambung pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Elizabeth Wong
#Exco Selangor
#Loji rawatan air Cheras
#Loji rawatan air Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan