awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang fokus pelancongan kapal persiaran nilai tinggi, manfaat peluasan GSPC
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi hotspot COVID-19 berdasarkan siasatan terperinci KKM - MySejahtera

Bernama
Bernama
28/09/2020
14:12 MYT
Lokasi hotspot COVID-19 berdasarkan siasatan terperinci KKM - MySejahtera
MySejahtera berkata kesemua pusat beli-belah berkenaan bukan punca jangkitan mahupun potensi penyebaran virus COVID-19.
KUALA LUMPUR:MySejahtera menjelaskan lokasi yang dianggap sebagai hotspot COVID-19 di Hotspot Tracker adalah berdasarkan siasatan terperinci oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.
MySejahtera berkata demikian dalam kenyataan sebagai respons kepada kebimbangan yang dikongsi netizen di media sosial hari ini bahawa Hotsport Tracker menyatakan tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas dalam lingkungan 1km dari kawasan yang kes COVID-19 telah dilaporkan.
Netizen bimbang dengan laporan bahawa NuSentral Mall, Gateway Mall, Sunway Pyramid Mall dan Suria KLCC telah melaporkan kes positif COVID-19 tetapi ia tidak dikesan dalam Hotspot Tracker.
MySejahtera berkata kesemua pusat beli-belah berkenaan bukan punca jangkitan mahupun potensi penyebaran virus COVID-19.
"Penghargaan harus diberikan kepada tindakan proaktif pusat beli-belah berkenaan kerana menjalankan kerja pembersihan serta disinfeksi kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan kawalan dan pencegahan KKM.
"Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes COVID-19 di sekitar mereka. Kami juga ingin menasihatkan orang ramai agar berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik dalam masyarakat," menurut kenyataan itu.
MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan pandemik COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#COVID-19
#Hotspot Tracker
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan