awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi sebenar Jamal bersembunyi dikenal pasti

Hakim Rahman
Hakim Rahman
26/06/2018
08:37 MYT
Lokasi sebenar Jamal bersembunyi dikenal pasti
Polis telah mengenal pasti lokasi sebenar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dikatakan menghilangkan diri ke Indonesia sejak 25 Mei lalu. -Gambar fail
Polis telah mengenal pasti lokasi sebenar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dikatakan menghilangkan diri ke Indonesia sejak 25 Mei lalu.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jamal kini dikenal pasti berada di sebuah lokasi di negara tersebut.
"Kita telah bekerjasama dengan Polis Indonesia dan semuanya berjalan lancar.
"Mereka (Polis Indonesia) telah berikan bayangan tindakan susulan untuk menahan Jamal. Kita akan ambil tindakan dan bawa beliau balik ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman, hari ini.
BACA: Polis yakin dapat tangkap Jamal
BACA: Jamal 'muncul' lebih dua minit depan perwakilan
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Jamal yang juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 mendakwa kerajaan Pakatan Harapan menggunakan undang-undang rimba untuk menahannya.
Waran tangkap terhadap Jamal dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam pada 8 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Indonesia
#Jamal Yunos
#Muhyiddin Yassin
#polis
#Sungai Besar
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan