awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokman Adam antara empat didakwa serang penuntut UM

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2019
11:59 MYT
Lokman Adam antara empat didakwa serang penuntut UM
Lokman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
Datuk Lokman Noor Adam dan tiga lagi individu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung insiden membabitkan beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) yang dikasari di perhentian bas di Pantai Baharu, minggu lepas.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An-nur Umar.
Mereka merupakan Lokman, 46 tahun, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, 48 tahun; Salmon Arif Budiman Muchlis, 48 tahun, dan Mohd Norzakifah Mohammed Nawi, 44 tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, Lokman didakwa dengan niat menyebabkan kerugian kepada pelajar UM, Wong Yan Ke, 23 tahun, dengan mengoyakkan plakad milik mangsa di perhentian bas di hadapan Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur, jam 3.30 petang pada 22 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Abdul Mutalif didakwa atas dua tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pelatih portal Malaysiakini, Siti Mariam Mohamad Nizar, 25 tahun, pada ibu jari tangan kanan dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama, di tempat sama, jam 3.45 petang pada 22 Mac lalu.
Mahkamah kemudian membenarkan Lokman diikat jamin RM9,000 dan Abdul Mutalif RM6,000 manakala Salmon Arif dan Mohd Norzakifah, masing-masing dikenakan jaminan RM4,000 dengan masing-masing seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang menganggu mangsa.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Mei depan.
Topic Berkaitan
#Abdul Mutalif Abdul Rahim
#Lokman Adam
#Mohd Norzakifah Mohammed Nawi
#Salmon Arif Budiman Muchlis
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan