KUALA LUMPUR: Datuk Lokman Noor Adam telah memadam kesemua hantaran berunsur fitnah terhadap Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube milik bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Mohd Na'im ketika dihubungi pemberita berkata Lokman selaku defendan telah memadam hantaran tersebut dalam tempoh 24 jam sepertimana diarahkan oleh mahkamah pada 20 Jan lepas, setelah anak guamnya memperoleh injunksi ex-parte (sebelah pihak).
Dalam saman fitnah difailkan pada 17 Jan lepas, Mohd Na'im selaku plaintif memohon suatu perintah injunksi supaya Lokman sebagai defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Akberdin berkata pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian (Zoom), Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan permohonan Mohd Na'im supaya injunksi ex-parte yang diperolehnya itu dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak) pada 22 Mac ini.
"Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi inter-parte, namun ditangguhkan kerana peguam mewakili Lokman memohon tempoh masa untuk memfailkan afidavit jawapan dalam permohonan injunksi itu.
"Oleh itu, pihak plaintif memohon agar perintah injunksi interim diperoleh anak guam saya dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte pada 22 Mac dan mahkamah membenarkan permohonan itu selain mengarahkan defendan memfailkan afidavit jawapan tersebut sebelum atau pada 11 Feb ini," katanya dan menambah prosiding hari ini turut disertai peguam Fazilah Jaafar yang mewakili Lokman.
Mohd Na'im, 54, memfailkan saman atas kapasiti peribadi dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada Lokman berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang 'Datin.'
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na'im yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook 'Lokman Noor Adam Official' pada 10 Jan dan 13 Jan lepas.
Mohd Na'im mendakwa defendan juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lepas.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin berkredibiliti dengan akhlak terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah, serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Dalam saman fitnah pada 17 Jan lalu, Mohd Na'im selaku plaintif memohon suatu perintah injunksi supaya Lokman sebagai defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik
Mahkamah Persekutuan mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun ke atas Lokman Adam bagi kesalahan menghina mahkamah membabitkan isu 1MDB.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dihadapi Lokman.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.
Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan
Saman fitnah yang difailkan Ismail Sabri terhadap Lokman mungkin akan diselesaikan tanpa perbicaraan.