Keputusan bekas ahli parlimen DAP untuk lompat kerusi adalah untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, sekaligus merubah kerajaan persekutuan.

Itu yang dikata oleh bekas ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini bertanding untuk kerusi parlimen Kulai.

“Ini adalah keputusan yang tepat. Saya perlu sokong Pakatan Rakyat supaya kami boleh merubah kerajaan,” kata Teo.

Walaupun keputusan ini bermakna beliau akan meninggalkan warga Serdang yang memberi kemenangan kepada beliau pada tahun 2008, Teo berkata ini adalah keputusan yang terbaik untuk warga Serdang dan parti.

Untuk kerusi Kulai, pencabar beliau adalah Teo Chian Hein dari Barisan Nasional (BN).

“Sukar untuk saya katakana tentang peluang kemenangan saya kerana ia masih 50-50. Secara jujurnya, saya tidak tahu tentang beliau namun yang pasti, beliau amat dekat dengan komuniti Cina di sana. Namun saya harus menyakinkan pengundi tentang masa depan daerah itu.”

Selain Teo, dua lagi calon DAP di Johor adalah dari daerah yang berbeza sebelum ini. Ketua parlimen DAP dan bekas ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang kini bertanding untuk kerusi Gelang Patah. Bekas ahli parliamen Bukit Bendera Liew Chin Tong kini bertanding untuk kerusi Kluang.

Calon DAP Johor

Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pihak DAP hanya kisah tentang kemenangan dan membelakangkan pengundi di Perak dan Selangor.

“Setelah satu penggal, Teo tidak yakin mampu mempertahankan kerusi Serdang, sama seperti kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan yang tidak mampu untuk memenuhi 85% dari apa yang dijanji pada pilihan raya 2008,” kata Tan.

Semetara itu, calon Gelang Patah Lim Kit Siang menjemput pencabar beliau dari BN Ghani Othman untuk berdebat tentang kepentingan pilihan raya ke-13 dan Malaysia.

Seperti yang dilaporkan AstroAwani.com, kerusi parlimen Gelang Patah menjadi medan ujian kepada BN dan DAP oleh kerana nama besar yang bakal merebut kerusi berkenaan.