awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lompat parti? Ahli Parlimen sewajarnya dilucutkan kerusi Parlimen - Penganalisis

Fareez Azman
Fareez Azman
11/04/2022
07:57 MYT
Lompat parti? Ahli Parlimen sewajarnya dilucutkan kerusi Parlimen - Penganalisis
Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata tindakan mengosongkan kerusi Parlimen oleh Ahli Parlimen yang melompat parti itu adalah tindakan adil kepada rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang bertindak melompat parti seharusnya diambil tindakan dengan mengosongkan kerusi Parlimen dimenangi mereka dalam pilihan raya.
Demikian tegas Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berhubung Rang Undang-Undang Akta Antilompat Parti yang akan dibentangkan kelak.
Ujarnya, tindakan itu bagi memberi pengajaran dan membela rakyat selepas dikhianati ahli politik terbabit.
"Apabila sebuah parti itu mereka punya kuasa mencalonkan wakil rakyat, dan wakil rakyat itu dapat dari mandat rakyat.
"Wakil rakyat tidak boleh sepenuhnya mengkhianati rakyat dan parti apabila melompat. Apabila mereka melompat mereka lupa, tiket yang mereka menang adalah tiket parti asal.
"Kemenangan itu atas kejayaan pengundi memilih parti, jadi Ahli Parlimen tidak boleh anggap itu kebebasannya," jelasnya.
Tambah Prof Awang, Ahli Parlimen itu sewajarnya mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu diadakan.
Ujarnya, itu adalah satu tindakan yang dikatakan bersesuaian dan memberi pengajaran kepada penyandang kerusi Parlimen berkenaan.
"Sewajarnya dia (Ahli Parlimen) mengosongkan kerusi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.
"Inilah yang perlu digubal apabila RUU Antilompat itu dilakukan, seorang wakil rakyat tidak boleh menyalahi, melanggar dan mengkhianati amanat pengundi," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, mengulas mengenai Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10, jelas Prof Awang lagi, perbincangan secara akademik dan rasional perlu diperhebatkan dalam memahami pindaan itu dilakukan.
RUU Lompat Parti | Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan - Awang Azman
Ujarnya, meskipun terdapat pandangan yang dilihat menentang pindaan itu dibuat, namun kerajaan ujarnya perlu melihat pandangan majoriti yang mahukan tindakan melompat parti itu dihentikan di negara ini.
"Demokrasi mempertahankan suara majoriti, apabila sesuatu pandangan itu adalah pandangan pinggiran yang mereka melompat parti itu sendiri atau terkeluar daripada pakatan itu sendiri, mungkin pandangan itu berlainan.
"Tapi kita kena raikan pandangan tersebut dan kita perlu lihat keputusan bersama, kerana kita ada 220 Ahli Parlimen.
"Bila dengar dari dua hingga tiga orang Ahli Parlimen (menentang), kita kena alukan pandangan tersebut perlu diperhalusi dan dibahaskan, supaya mendapat hujah lebih rasional dan tidak bertentangan dengan kemahuan rakyat yang terbanyak," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#lompat parti
#Dewan Rakyat
#RUU Akta Antilompat Parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan