awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum muktamadkan kadar cukai karbon - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
06/11/2025
06:47 MYT
Kerajaan belum muktamadkan kadar cukai karbon - Amir Hamzah
Amir Hamzah bercakap kepada pemberita selepas hadir pada ASEAN Capital Market Forum International Conference, di Suruhanjaya Sekuriti hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum menetapkan kadar yang sesuai untuk cukai karbon yang dijadualkan akan dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata kadar itu hanya akan diputuskan selepas Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) selesai dibentangkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta diluluskan di Parlimen tahun depan.
"Kita perlu menunggu RUUPIN kerana kita memerlukan metodologi standard untuk mengira pelepasan (karbon) dan mewujudkan penanda aras. Jika pelepasan (karbon) melebihi penanda aras itu, (barulah) cukai karbon dikenakan.
"Buat masa ini, Kementerian Kewangan belum membuat kajian yang mendalam untuk menentukan kadar cukai karbon yang patut dikenakan dan garis dasar penting (RUUPIN) akan diwujudkan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media antarabangsa menyatakan bahawa Malaysia akan mengenakan kadar cukai karbon sebanyak RM15 per tan bermula tahun depan.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata laporan itu turut bersifat spekulasi kerana kerajaan masih belum memuktamadkan kadar yang sesuai.
Katanya kerajaan akan menilai secara terperinci selepas RUUPIN diluluskan termasuk meneliti industri besi, keluli dan utiliti yang merupakan antara pengeluar gas karbon terbesar dalam negara sebelum menetapkan nilai kadar cukai karbon.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#cukai karbon
#Kementerian Kewangan
#Amir Hamzah Azizan
#RUU Perubahan Iklim Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan