Tidak sia-sia bagi sesiapa yang berkunjung ke Pameran Katak dan Kodok di Muzium Alam Semulajadi yang berlangsung sejak 22 Mac lepas di Putrajaya.
Sekurang-kurangnya mereka boleh mengenali ciri-ciri yang membezakan antara katak dan kodok.
Pameran selama sebulan itu menampilkan 38 spesies haiwan berdarah sejuk berkenaan yang menarik perhatian kira-kira 1,000 penghujung sehari.
Maklumat yang terpapar ialah katak mempunyai permukaan kulit yang licin, bertubuh langsing dan kecil malah gemar hidup di kawasan berair, manakala kodok pula berkulit badan menggerutu, gemuk serta pendek dan hidup di kawasan kering.
Ironinya, pada setiap musim pilihan raya seperti sekarang, topik 'katak lompat' atau "lompat parti" sering menjadi perbualan ramai, kerana fenomena itu menjadi lumrah politik pilihan raya di Malaysia.
Apa jua pandangan atau persepsi terhadap fenomena itu, topik lompat parti sememangnya menarik dibahaskan malah hujah mengenainya pernah dibangkitkan di mahkamah.
Pada April 1992, Mahkamah Agung ketika itu dalam kes Nordin bin Salleh vs Dewan Undangan Negeri Kelantan, memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seseorang anggota dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan kebebasan berpersatuan yang diperuntuk di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.
Ini ekoran tindakan kerajaan Kelantan, dan diikuti kerajaan Sabah, ketika itu mengubal undang-undang anti-lompat bagi mengelakkan wakil rakyat bertukar parti.
Ketika itu, terdapat parti politik yang meminta calon pilihan raya mereka menandatangani surat perjanjian tanpa bertarikh terlebih dahulu bahawa mereka akan meletakkan jawatan jika bertindak keluar parti selepas menang pilihan raya.
Perbualan 'lompat parti' juga menjadi hangat apabila pada 2008 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu ghairah mengumumkan beliau akan dapat menarik beberapa anggota parlimen untuk membolehkannya menubuhkan kerajaan pada 16 Sept.
Sejak pilihan raya umum 2008, insiden lompat parti begitu ketara dengan beberapa wakil rakyat keluar parti, sama ada dari pembangkang mahu pun Barisan Nasional, dan menjadi anggota Bebas, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah.
Bagi penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, insiden lompat parti sebenarnya menunjukkan politik di Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi yang adil kerana tiada akta digubal yang tidak membenarkan mana-mana anggota keluar parti kerana berpindah ke parti lawan yang mahu meraih majoriti.
Katanya tindakan lompat parti biasanya berlaku apabila keadaan terutama ketika sesebuah parti tidak mendapat undi majoriti menjadikannya tidak boleh membentuk kerajaan dan ini menyebabkan ada antara anggotanya merasakan kedudukan mereka terancam sehingga bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai pihak lain.
"Secara mudahnya kita panggil ia sebagai politik cari makan dan bukan politik berprinsip kerana sikap anggota parti sebegini selalunya akan mudah tertawan dengan tawaran berbentuk wang ringgit dan jawatan oleh parti lain.
"Sikap tidak kuat pendirian itu mendorong anggota parti itu berasa tidak lagi berguna pada parti selain ada anggota yang lompat parti ibarat 'merajuk' apabila tidak tercalon pada pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini.
Menurutnya, pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) lalu, insiden lompat parti banyak berlaku contohnya di Perak apabila keputusan undi majoriti pada PRU12 itu tidak memihak pada mana-mana parti dan keadaan sebegini menyebabkan ada calon yang rapuh memegang prinsip parti cuba mengambil kesempatan dengan pelbagai alasan untuk menukar 'kiblat' politiknya.
Keputusan Mahkamah Agung pada 1992, bagaimanapun tidak menghalang kerajaan DAP di Pulau Pinang melakukan pindaan perlembagaan negeri pada November lepas untuk menghalang tindakan melompat parti di negeri itu, meskipun menyedari tindakan itu boleh dicabar kemudian hari.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata jentera BN akan bekerja keras dan taat setia kali ini ekoran pengalaman pada pilihan raya umum 2008.
"Saya begitu yakin dan percaya akan kesetiaan calon kepada perjuangan parti dalam mentadbir negara dan pasti tiada calon akan hilang kepercayaan pada parti kerana mereka (calon) sendiri tahu, pembangkang tidak mampu mentadbir negara sebaik (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak)," katanya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau percaya 100 peratus fenomena lompat parti tidak akan berlaku dalam PAS serta yakin dengan kesetiaan anggota PAS.
Bagi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pula, pihaknya mengambil langkah berhati-hati dengan memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan berlakunya lompat parti malah pucuk pimpinan parti itu telah menyenaraikan calon yang terbaik dan sangat dipercayai untuk bertanding.
Siti Aisyah Harun
Tue Apr 09 2013
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.
6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
Warisan kekal utuh, tiada wakil rakyat keluar parti - Shafie
Kata Shafie, dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu mengenai perkara itu sebagai berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan Warisan.