TANGKAK: Polis sedang mengesan lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.
Abdul Hamim Ab Hamid, 32, berjaya melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di mahkamah berkenaan terhadap Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang dihadapinya.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohd Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian sekitar pukul 11.55 pagi tadi, suspek dikesan lolos menggunakan pintu hadapan kompleks mahkamah berkenaan dalam keadaan tangan bergari.
“Suspek ini kita ambil dia dari Penjara Sungai Udang Melaka pada semalam untuk hadir bicara di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan lampau di bawah Seksyen 388 kerana melakukan pemerasan.
“Semasa kejadian itu beberapa kakitangan mahkamah cuba mengejar, namun jarak itu terlampau jauh dan kemudian suspek terus melarikan diri ke kawasan semak berdekatan dan terus menghilang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai lima tahanan dibawa ke mahkamah berkenaan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dan ketika kejadian hanya suspek yang belum selesai prosiding perbicaraan sementara menunggu kehadiran peguamnya.
Katanya, selain mengenal pasti bagaimana suspek boleh meloloskan diri, pihaknya juga sedang mengesan jumlah anggota polis yang terlibat dan tindakan susulan akan dibuat.
“Punca bagaimana tahanan ini boleh loloskan diri masih lagi dalam siasatan pihak polis serta berapa ramai anggota terlibat juga kita sedang siasat.
“Tetapi mana-mana anggota terlibat kita akan ambil tindakan atas kecuaian yang berlaku dan pihak polis akan ambil tindakan terhadap mereka,” tambahnya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang terlihat suspek yang juga seorang lelaki botak dengan ketinggian lebih kurang 160cm dan berat sekitar 65 kilogram dan memakai baju pagoda serta berseluar coklat diharap segera melaporkan kepada pihak polis.
Untuk rekod, selain Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, tertuduh juga masih berdepan dua perbicaraan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Dec 15 2021
Polis sedang mengesan lelaki berketurunan Rohingya, Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes 'Long Tiger'
Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes berkaitan 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.
Mahkamah Tinggi batal keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.
Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.
Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.
Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
'Long Tiger' akan dituduh 19 Jan ini
Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.
Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.
Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.
Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
'Long Tiger' lolos, Ketua Polis Daerah Tangkak, dua pegawai dikenakan tindakan tatatertib
Kertas siasatan yang dibuka PDRM itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.