awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Longgar sempadan: Anwar akan jadi individu pertama salahkan kerajaan jika kes COVID-19 meningkat - Hishammuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/11/2020
10:19 MYT
Longgar sempadan: Anwar akan jadi individu pertama salahkan kerajaan jika kes COVID-19 meningkat - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, kerajaan telah pun memikirkan usaha untuk merancakkan semula ekonomi negara susulan impak COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa untuk melonggarkan sekatan di pintu antarabangsa dalam usaha menggalakkan pelabur dan pelancong masuk ke negara ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, cadangan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diteliti secara terperinci oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Cakap senang (cadangan longgar sempadan), tetapi sama ada ianya dipersetujui oleh KKM, MKN dan sebagainya, itu bukan di bawah bidang kuasa kita (Wisma Putra).
"Ini kerana, isu keselamatan tiada konsep menang-menang. Ya, kalau kita buka untuk pelancongan, tetapi apabila sesuatu berlaku (sekiranya) kita tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap, tiada disiplin dan kes meningkat, Anwar Ibrahim akan menjadi individu pertama yang menyalahkan kita (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 secara maya, di sini pada Selasa.
Menurut Hishammuddin lagi, kerajaan telah pun memikirkan usaha untuk merancakkan semula ekonomi negara susulan impak pandemik COVID-19.
Katanya, ia termasuk usaha mewujudkan gelembung perjalanan atau 'travel bubble'.
"Contohnya Bali (Indonesia) dengan Langkawi, (atau) wilayah di China dengan Desaru (Johor), itu mesti dilihat secara menyeluruh dan ia berhubung kait hubungan kita dengan negara-negara berkenaan," katanya lagi.
Pada Isnin, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menggesa kerajaan melonggarkan sedikit sekatan di pintu antarabangsa, terutamanya tempoh masa kuarantin dalam usaha menggalakkan pelabur dan pelancong masuk ke negara ini.
BACA: Belanjawan 2021: Longgarkan sedikit PKPB dan sempadan negara - Anwar Ibrahim
Jelas beliau, ada negara-negara yang sudah pun menguatkuasa peraturan untuk melakukan saringan COVID-19 dan tempoh kuarantin sepuluh hari ke dua minggu, sebelum dibenarkan meninggalkan negara tersebut.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hishammuddin Hussein
#KKM
#SOP
#China
#Langkawi
#COVID-19
#PKPB
#Longgarkan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan