ISKANDAR PUTERI: Pelonggaran syarat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan kenaikan kadar sewa di Singapura, dilihat mampu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual dan merancakkan kembali projek perumahan di negeri itu.
Beliau berkata kesan daripada kenaikan kadar sewa di Singapura juga mula memberikan impak kepada peningkatan penjualan hartanah sejak tahun lepas.
"Daripada suku pertama 2022 hingga suku pertama tahun ini, penjualan hartanah di Johor telah meningkat sebanyak 17 peratus, susulan kenaikan dua kali ganda kadar sewa di Singapura.
"Kita lihat ramai pekerja di republik itu dan warga Singapura membeli hartanah di negeri ini. Jadi, dengan pelonggaran syarat ketat MM2H, akan merancakkan lagi sektor hartanah dan membantu selesaikan masalah (hartanah) tidak terjual di Johor," katanya ketika mengulas mengenai kelonggaran syarat ketat MM2H yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Larangan dan Penguatkuasaan Bagi Pembuangan Sampah Kecil Di Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, di sini pada Ahad.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 dilaporkan sebagai berkata, kelonggaran syarat ketat MM2H dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan industri hartanah negara.
Justeru, Mohd Jafni berkata pengumuman itu disambut baik sepenuhnya kerana ia seiring dengan harapan kerajaan negeri terutama dalam membantu mengatasi masalah hartanah tidak terjual di negeri itu.
"Kita sokong pengumuman dibuat Perdana Menteri kerana ia bukan sahaja menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual di Johor, tetapi juga seluruh negara.
"Ini kerana terdapat banyak syarat MM2H telah diketatkan selepas 2018, antaranya deposit pembelian hartanah RM1 juta dan tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 90 hari, (tetapi) di Indonesia dan Filipina tidak mengenakan syarat seumpama itu," katanya.
Kerajaan negeri sebelum ini telah berulang kali menyuarakan pandangan supaya kerajaan melihat semula syarat ketat Program MM2H.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga pernah bertitah supaya kerajaan menambah baik Program MM2H dari segi dasar, insentif dan manfaat supaya ia tidak membebankan, sekali gus menjadikan Malaysia antara destinasi pilihan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Pelonggaran syarat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan kenaikan kadar sewa di Singapura, dilihat mampu meningkatkan penjualan hartanah di Johor. - Gambar hiasan
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Pergerakan terbatas, keluarga terjejas, warga asing kandas, PKP halang gerak bebas
Pelbagai pihak bertanggungjawab masing-masing tidak berkemampuan menyelesaikan kebuntuan akibat penutupan sempadan antarabangsa.