awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori ayam terbalik, Lebuhraya PLUS Alor Gajah-Pedas Linggi sesak teruk

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/02/2023
15:23 MYT
Lori ayam terbalik, Lebuhraya PLUS Alor Gajah-Pedas Linggi sesak teruk
Siasatan awal mendapati tayar lori yang membawa muatan ayam hidup itu telah pecah menyebabkannya terbabas. - Gambar/ PDRM
ALOR GAJAH: Sebuah lori yang sarat dengan muatan ayam hidup terbalik di kilometer 222 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara sehingga menyebabkan kesesakan lebih 14 kilometer di lebuh raya berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun dikatakan terbabas sebelum terbalik akibat mengalami masalah pada tayar kenderaan.
Jurucakap polis berkata, pemandu berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selain insiden itu turut tidak melibatkan pengguna lebuh raya lain.
“Siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan ayam hidup telah mengalami tayar pecah di bahagian belakang sebelah kiri.
“Kenderaan tersebut kemudian terbabas dan terbalik di lorong tengah dan lorong kiri dan menyebabkan hanya lorong kanan sahaja dibuka untuk pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, kejadian yang turut tular di laman sosial itu menyaksikan ratusan ayam hidup bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.
Plusline menerusi laman Twitter rasminya turut memaklumkan sehingga jam 10.31 malam, lorong kiri masih ditutup dan kesesakan dilaporkan sejauh lebih 14 kilometer.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#lori ayam terbabas
#PLUS
#Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan