awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori rempuh tujuh kenderaan, empat cedera

Aida Aziz
Aida Aziz
07/06/2022
07:18 MYT
Lori rempuh tujuh kenderaan, empat cedera
Gara-gara tayar belakang pecah dan masalah brek, sebuah lori muatan barang runcit hilang kawalan lalu merempuh tujuh kenderaan lain di Kilometer 81.5 Jalan Ipoh- Butterworth, Taiping, hari ini. - Gambar ihsan pembaca
TAIPING: Gara-gara tayar belakang pecah secara tiba-tiba dan berdepan masalah brek, sebuah lori muatan barang runcit hilang kawalan lalu merempuh tujuh kenderaan lain di Kilometer 81.5 Jalan Ipoh- Butterworth di sini, pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan empat orang pemandu termasuk seorang penunggang motosikal cedera.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam yang memaklumkan terdapat lapan kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
"Kenderaan yang terlibat ialah Proton Saga, Proton Wira, Perodua Axia, Toyota Wald, dua buah Perodua Myvi, Yamaha Ego dan lori jenis Hino.
"Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Axia, Toyota Wald, Perodua Myvi dan penunggang motosikal mengalami kecederaan, manakala pemandu lain selamat," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori itu dari arah Kamunting ke Kuala Kangsar.
"Sampai di tempat kejadian semasa pemandu lori meneruskan perjalanan, tiba-tiba tayar belakang sebelah kirinya pecah.
"Dalam masa sama lori itu mengalami masalah brek, menyebabkan dia hilang kawalan dan merempuh tujuh lagi kenderaan lain," katanya lagi.
Osman berkata, ujian saringan air kencing pemandu lori itu juga negatif.
"Tiada sebarang tangkapan dibuat, punca kemalangan disebabkan pemandu lori hilang kawalan," katanya.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#lori rempuh tujuh kenderaan
#empat cedera
#tayar lori pecah
#brek hadapi masalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan