awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Los Angeles catat hampir 400 pembunuhan pada 2021, tertinggi dalam tempoh 15 tahun

Bernama
Bernama
14/01/2022
07:58 MYT
Los Angeles catat hampir 400 pembunuhan pada 2021, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
Kesan buruk COVID-19 menjejaskan warga LA daripada segi kewangan dan psikologi, dan bandar itu serta negara gagal memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk semua jenis perkhidmatan mereka yang terjejas. - Unsplash
LOS ANGELES: Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti pada Khamis memberitahu sidang akhbar terdapat hampir 400 pembunuhan berlaku di bandar raya kedua terbesar AS itu, yang paling banyak dalam tempoh satu tahun sepanjang 15 tahun lepas.
Menurut statistik jenayah tahunan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar, tahun lalu merekodkan 397 pembunuhan, meningkat sebanyak 42 kes daripada 2020 dan kedua tertinggi selepas 480 pembunuhan pada 2006, lapor Xinhua.
Secara keseluruhannya, jenayah di LA pada tahun lepas meningkat berbanding 2020. Semua jenayah Bahagian 1, termasuk pembunuhan, pembunuhan beramai-ramai, kesalahan seks, rompakan, serangan ganas, pecah rumah, kecurian kenderaan bermotor dan pembakaran, meningkat 4.6 peratus manakala jenayah harta benda meningkat 4.2 peratus, dan jenayah kekerasan meningkat 3.9 peratus.
Dalam tempoh dua tahun lepas, terdapat lebih ramai mangsa yang ditembak di bandar dengan populasi kira-kira 4 juta orang itu. Jumlah mangsa yang ditembak ialah 1,337 pada 2020, 1,459 tahun lepas, dan 946 pada 2019.
Ketua Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) Michel Moore menyatakan bahawa kesan buruk COVID-19 menjejaskan warga LA daripada segi kewangan dan psikologi, dan bandar itu serta negara gagal memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk semua jenis perkhidmatan mereka yang terjejas.
Bagaimanapun, berbanding keganasan pada 1980-an dan 90-an, dua tahun lalu masih antara tempoh paling selamat dalam sejarah bandar raya itu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#kadar jenayah
#populasi
#statistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan