Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di IPD Petaling Jaya hari ini. - Foto Stadium Astro
PETALING JAYA: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, hari ini membuat laporan polis berkaitan isu salah laku tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Ringkasan AI
- Datuk Wira Yusoff Mahadi membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas saranan IIC dan FIFA.
- Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 2 petang, disahkan oleh Yusoff Mahadi sendiri.
- Yusoff Mahadi menegaskan FAM masih menunggu keputusan akhir AFC berhubung pemotongan mata dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dalam hal isu pemalsuan dokumen yang melibatkan pemain tersebut.
"Saya telah selesai membuat laporan polis seperti yang disyorkan oleh IIC termasuk kelulusan exco.
"Ia semestinya berhubung isu pemalsuan dokumen ini. Kami melunaskan tanggungjawab menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis," katanya pada Nadi Arena.
Dalam masa sama, dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak cepat melatah susulan timbul dakwaan sensasi bahawa FAM akan digantung oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), termasuk pemotongan mata dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam dan Nepal sebelum ini.
Beliau menegaskan keputusan akhir AFC masih bergantung kepada keputusan mahkamah timbang tara sukan (CAS).
"Apa-apa pun itu jangkaan orang ramai.
"Dalam proses ini termasuk AFC juga perlu menunggu keputusan penuh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
"Oleh kerana FIFA menjatuhkan hukuman terhadap penarikan mata ranking dan kemenangan dalam aksi persahabatan, mungkin ramai orang menganggap perkara sama akan berlaku," tambahnya. -- Stadium Astro


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

