awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Love Scam' antara kes tertinggi dengan nilai kerugian lebih RM365 juta

Bernama
Bernama
29/03/2023
13:40 MYT
'Love Scam' antara kes tertinggi dengan nilai kerugian lebih RM365 juta
Kajian yang dilakukan JSJK mendapati daripada 7,286 kes yang direkodkan, 82.5 peratus mangsa adalah wanita. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penipuan 'Love Scam' merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga bulan Februari lepas, dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM365 juta.
Pemangku Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kajian yang dilakukan JSJK mendapati daripada 7,286 kes yang direkodkan, 82.5 peratus mangsa adalah wanita.
Beliau berkata sebagai usaha untuk membanteras penularan kes-kes penipuan sebegini, JSJK telah melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah komersial melalui Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya bagi memastikan mesej kesedaran jenayah komersial dapat disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat, JSJK telah mempelbagaikan aktiviti pencegahan yang dilaksanakan, antaranya program sembang santai, ceramah dan pameran di sekolah, rumah ibadat dan universiti.
"JSJK hari ini mencipta satu lagi kelainan dalam perlaksanaan Kempen Anti Scam iaitu melalui kerjasama dengan Syarikat Dream Film Sdn Bhd bagi menghasilkan sebuah filem antiscam bertajuk Oppa," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran filem kesedaran anti scam di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.
Beliau berkata antara objektif pembikinan filem itu ialah untuk menyebarkan pengetahuan tentang modus operandi sindiket penipuan dalam talian dengan lebih berkesan kepada umum selain membangkitkan semangat antiscam dalam kalangan masyarakat.
"Selain itu, ia bagi meningkatkan kesedaran yang lebih meluas kepada semua golongan masyarakat bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan," katanya.
Filem berkenaan yang akan memulakan penggambaran pada April ini bakal menampilkan pelakon utama lelaki dari Korea Selatan iaitu Jang Tae-Oh selain dibarisi pelakon tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#love scam
#modus operandi
#mangsa penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan