KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,548 kes Love Scam direkodkan sejak 2018 hingga Jun tahun ini melibatkan kerugian lebih RM382 juta dengan kira-kira 7,200 individu dilapor menjadi mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata daripada jumlah mangsa itu, sebanyak 82 peratus atau 6,251 mangsa adalah wanita.
"Bakinya iaitu 1,297 kes melibatkan mangsa lelaki. (Jumlah) Mungkin lebih daripada itu, tetapi tidak dilaporkan, manakala rata-rata golongan wanita yang menjadi mangsa love scam ini terdiri daripada ibu tunggal dan bujang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Trailer Filem Kesedaran Anti-Scam 'Oppa' terbitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Dream Film Sdn Bhd, di KL Wellness City, di sini hari ini.
Filem yang dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini, diterbitkan dalam usaha untuk menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai berkenaan modus operandi penipuan dalam talian selain bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Sementara itu, Ramli berkata sehingga kini JSJK menerima hanya 16 laporan polis berkenaan penipuan perkhidmatan menunaikan wang bantuan eBelia Rahmah.
"Sejak hebahan media tentang kes ini (sebelum ini 14 kes) hanya dua laporan kes baharu diterima dan selepas itu tiada. Ini merupakan hasil keberkesanan laporan berita yang dikeluarkan pihak media.
"Jadi, masyarakat (terutama golongan pelajar) telah cakna dan menyedari tentang hal ini. Mereka berhati-hati," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata bagi memastikan usaha dan mesej kesedaran dapat disampaikan kepada masyarakat, Ramli berkata JSJK telah mempelbagaikan aktiviti pencegahan antaranya, program sembang santai, ceramah dan pameran di sekolah, rumah ibadat, universiti dan seumpamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

PDRM berkata, daripada keseluruhan 7,548 kes, sebanyak 82 peratus atau 6,251 mangsa adalah wanita. - Gambar hiasan

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
Wanita warga emas cedera dilanggar lari motosikal ditunggang dua remaja
Wanita warga emas cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar motosikal ketika berjalan di hadapan Masjid Zahir, di Alor Setar baru-baru ini.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki
Empat pasangan yang bukan suami isteri telah ditahan atas kesalahan berkhalwat kesemua mereka berumur lingkungan 20-an.

Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.

Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.

Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.

Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.

Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.

Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.

Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.

Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.