awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Love scam: Lelaki rugi RM200,000 ditipu wanita Jepun

Bernama
Bernama
13/06/2025
03:10 MYT
Love scam: Lelaki rugi RM200,000 ditipu wanita Jepun
Seorang lelaki kerugian lebih RM200,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau "love scam" menerusi media sosial. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki kerugian lebih RM200,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau "love scam" menerusi media sosial.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 58 tahun itu telah berkenalan dengan seorang wanita warga Jepun menerusi Facebook pada April lepas.
Beliau berkata, selepas sebulan berkenalan, wanita itu memberitahu mangsa terdapat kiriman barangan dari Turkiye ke Jepun atas namanya, tetapi telah ditahan di pejabat imigresen di Turkiye.
"Suspek telah meminta pinjaman wang daripada mangsa untuk mendapatkan semula barangan tersebut dengan pulangan dua kali ganda dijanjikan oleh suspek setelah barangan berkenaan diterima," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata, mangsa juga telah melakukan 50 transaksi wang ke akaun bank wanita terbabit hingga mengalami kerugian RM200,000 hasil wang simpanannya.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenal pasti dan semak dahulu sebelum membuat transaksi kewangan serta sahkan nombor telefon dan akaun menerusi https://semakmule.rmp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#ditipu wanita Jepun
#sindiket penipuan cinta
#berkenalan di Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan