awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Bernama
Bernama
28/07/2022
20:00 MYT
Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta
Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating". - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating".
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa penipuan "Love Scam" berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis pada Khamis.
"Suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja paramedik di Hospital California memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau (lelaki itu) menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta dan perlukan dana modal permulaan serta berjanji ingin mengahwini mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terpedaya dengan janji tersebut, Azmi berkata mangsa telah melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank yang diberikan suspek secara berperingkat antara Januari hingga Jun 2022 berjumlah keseluruhan RM5.29 juta.
"Mangsa telah menggunakan kesemua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan Pemberi Pinjam Wang Berlesen. Semakan awal mendapati akaun bank yang terlibat (akaun lelaki itu) juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama," katanya.
Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#kes penipuan
#warganegara Amerika Syarikat
#online dating
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan