awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Low Yat sasar siapkan projek kediaman Tribeca pada 2017

Bernama
Bernama
20/07/2013
00:20 MYT
Low Yat sasar siapkan projek kediaman Tribeca pada 2017
Low Yat Group menjangka projek kediaman mewahnya, Tribeca, yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM490 juta siap pada 2017.
Pengarah Eksekutifnya Low Su-Ming berkata projek apartmen berperkhidmatan mewah itu yang akan memulakan pembinaan bulan depan, akan dibangunkan dalam dua fasa bagi tempoh pembangunan empat tahun.
Bercakap kepada pemberita di pelancaran projek itu hari ini, beliau berkata 40 peratus daripada keseluruhan 318 unit ditempah sebelum pelancaran rasmi dan majoriti tempahan dibuat oleh orang asing kebanyakan dari rantau Asia Tenggara.
Tidak seperti projek kediaman mewah lain berdekatan kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), beliau berkata Tribeca menawarkan harga lebih mampu milik seunit.
"Dengan unit lebih kecil yang berkeluasan daripada 500 hingga 900 kaki persegi, kami berupaya menyediakan harga mutlak berpatutan daripada RM1 juta hingga RM2 juta seunit," katanya.
Bagaimanapun, harga bagi unit-unit lain tidak diumumkan.
Tribeca ialah pembangunan kediaman 36 tingkat yang terdiri daripada studio, suite dan loft bersama dengan ciri-ciri menarik seperti kolam renang, kawasan bersantai yang dipanggil 'sky pods', kawasan parkir dan lain-lain.
Projek itu akan menjadi pembangunan kediaman bertaraf dunia yang direka bentuk bagi mereka yang mencari elemen terbaik hidup di bandar, dengan unit kediaman canggih yang menampilkan lagi kerancakan aktiviti dan kemudahan yang disediakan, kata Low.
Projek kediaman itu terletak di tanah pegangan bebas sepanjang Jalan Imbi dekat Bukit Bintang dan bersebelahan Tun Razak Exchange.
Pelancaran Tribeca dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Ditubuhkan pada 1940, portfolio pembangunan hartanah Low Yat Group itu terdiri daripada hartanah daripada projek perumahan pasaran pertengahan hingga projek mewah yang termasuk Bintang Fairlane Residences, MyHabitat apartments, Federal Hotel, Capitol Hotel dan Low Yat Plaza, gedung gaya hidup IT terbesar Malaysia.
Topic Berkaitan
#KLCC
#Low Yat
#tribeca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan