PASIR PUTEH:Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bercadang untuk menarik pelaburan dari negara-negara Arab, melabur dalam bidang pertanian terutama industri ternakan ayam dengan sasaran modal peringkat awal bernilai RM800 juta.
Pengerusinya Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, rundingan mengenainya telahpun bermula Selasa lepas bersama wakil Raja Bahrain, yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan pelaburan selama 20 tahun.
"Mereka sangat berminat untuk melabur di negara ini termasuk dalam bidang pengeluaran makanan dan penetasan ayam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog dan Suai Kenal bersama Pengerusi Peladangnita Negeri Kelantan di pejabatnya di sini, pada Khamis.
Turut hadir Pengarah LPP Kelantan Mohd Hanifa Awang Su, Pengerusi Jemaah Pengarah LPP Kelantan Datuk Abdul Aziz Derashid dan lebih 50 peserta peladangnita dari seluruh negeri Kelantan.
Dr Nik Zawawi yang juga anggota Parlimen Pasir Puteh berkata, projek itu dijangka akan dapat menampung permintaan dan masalah kekurangan bekalan ayam, yang sering dihadapi pada musim-musim perayaan, terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Selain itu, saya juga akan berusaha untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang mengeluarkan produk hiliran termasuk sos cili, tomato dan madu lebah, supaya dapat dipasarkan ke negara-negara Arab selain Bahrain, diikuti Mesir yang mempunyai penduduk 300 juta," katanya.
Beliau berkata madu lebah dari negara ini menarik minat mereka, kerana dikatakan kualitinya lebih baik dari madu keluaran di negara berkenaan.
Sementara itu, Abdul Aziz dalam ucapannya di majlis berkenaan berkata, larangan lintas sempadan antara Malaysia dan Thailand akibat ancaman COVID-19, telah memberi pendapatan lumayan kepada petani dan peladang di Kelantan.
Beliau berkata terdapat daripada golongan itu kini memperoleh pendapatan antara RM20,000 dan RM30,000 semusim, hasil daripada jualan tanaman seperti labu dan terung, yang sebelum ini terpaksa bersaing dengan produk yang sama dari negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Dr Nik Zawawi berkata, rundingan mengenainya telahpun bermula Selasa lepas bersama wakil Raja Bahrain. - Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Ada letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.
Bekalan beras cukup, rakyat diminta tidak buat pembelian panik - LPP
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi.
700 tan metrik beras tempatan diedar mulai Jumaat - LPP
Sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan akan mula diedar ke seluruh Semenanjung Jumaat ini, sebagai langkah awal intervensi dalam menangani permintaan bahan makan ruji negara itu.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 kepada pesawah, nelayan 10 April ini
Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan mula dibayar pada 10 April 2023.
Lembaga Pertubuhan Peladang N.Sembilan tanam kelapa di tanah adat terbiar
Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan mengusahakan penanaman kelapa di tanah adat terbiar seluas 21.04 hektar di Rembau bagi meningkatkan pendapatan ahlinya di negeri ini.
LPP import 4,536 metrik tan ayam dari Thailand, jadi stok pengimbal
Ia dijangka mampu menampung 20 peratus bekalan dalam negara menerusi pengimportan 4,536 metrik tan sumber protein berkenaan secara berperingkat dari Thailand.