awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPPPQ lancar Sistem ITAQ berasaskan AI percepat semakan al-Quran

Bernama
Bernama
29/10/2025
22:30 MYT
LPPPQ lancar Sistem ITAQ berasaskan AI percepat semakan al-Quran
Shamsul Anuar (tengah) menandatangani sijil Malaysia Book of Records bagi program ‘Jom Exchange Al-Quran’ sempena Multaqa MADANI bersama Lembaga Pelesenan Pencetakan Al-Quran 2025, di Sepang, 29 Okt 2025. --fotoBERNAMA
SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Sistem Semakan Al-Qur'an Pintar (iTAQ) berasaskan teknologi AI bagi mempercepat proses dan menyemak ketepatan pencetakan dan penerbitan al-Quran.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sistem yang diterajui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) itu akan memperkukuhkan sistem pemeliharaan al-Quran, bersesuaian dengan cabaran semasa yang semakin kompleks.
Beliau berkata LPPPQ dalam melaksanakan inovasi seperti sistem iTAQ tidak mengetepikan tanggungjawab terhadap kesahihan teks al-Quran serta hukum syarak.
"Lembaga berperanan menjaga kesucian al-Quran. Lembaga bukan penghalang kepada kemajuan tetapi penapis kepada kemudaratan yang boleh menjejaskan kesahihan bacaan dan kefahaman umat Islam," katanya pada program Multaqa MADANI bersama LPPPQ dan Lajnah Dibawahnya di sini pada Rabu.
Selain sistem iTAQ, LPPPQ turut melancarkan Modul Profesionalisme Panel Semakan Al-Qur'an (ProQuran) bertujuan meningkatkan kualiti perunding al-Quran yang dilantik oleh industri pencetakan dan penerbitan al-Quran.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata pihaknya menyita lebih 53,000 pelbagai jenis teks dan bahan al-Quran yang didapati melanggar Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) bagi tempoh Januari hingga September lepas, dengan 295 kertas siasatan dibuka.
Beliau berkata pada bulan Ramadan lepas sahaja, 201 kertas siasatan dibuka.
"Bagi Ops Mulia sempena bulan Ramadan tahun ini yang bermula 7 Mac hingga 26 Mac, hasil penguatkuasaan adalah sebanyak RM 957,762.10," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas siasatan
#Shamsul Anuar Nasarah
#semakan al-Quran
#LPPPQ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan