awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRA Sungai Rasa: Kerja penambahbaikan, penyenggaraan aset bermula ikut jadual

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2022
02:10 MYT
LRA Sungai Rasa: Kerja penambahbaikan, penyenggaraan aset bermula ikut jadual
Menurut Air Selangor, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kesemua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor pada jam 1 pagi, 11 Ogos 2022.
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa (LRA Sg Rasa) telah dimulakan pada jam 9 pagi hari ini, mengikut jadual.
Ia dijangka siap pada jam 9 malam ini, menurut kenyataan Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri hari ini.
"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kesemua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor pada jam 1 pagi, 11 Ogos 2022 (Khamis)," katanya.
Bagi membantu pengguna, Air Selangor menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Gombak, tambahnya.
Bagi tujuan ini, katanya, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air di Batu Caves dan Damai Utama, Puchong.
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasinya, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#LRA Sungai Rasa
#Hulu Selangor
#gangguan bekalan air berjadual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan