SHAH ALAM: Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air pada 9 Ogos depan susulan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa memaklumkan, pelaksanaan kerja-kerja berkenaan telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan pengguna pada masa hadapan.
Menurut kenyataan itu, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
"Gangguan air akan bermula jam 9 pagi, 9 Ogos dan akan kembali disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula jam 1 pagi, 10 Ogos setelah kerja siap dan sistem agihan bekalan air distabilkan.
"Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos," kata kenyataan itu.
Antara kawasan dijangka mengalami gangguan adalah Pekan Rawang, Rawang Tin, Bandar Country Homes, Batu Arang, Kundang Batang Kali, Ulu Yam, Bukit Beruntung, Sungai Choh dan Kota Emerald serta Serendah.
Menurut kenyataan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa gangguan bekalan air tersebut menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Tambah kenyataan itu, pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 26 2022
Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB
Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Hampir 6,000 pengguna di Kuala Krai alami gangguan bekalan air
Penduduk berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Gangguan bekalan air di Pasir Mas, Tumpat semakin pulih - Exco
Ia berikutan hasil tindakan segera pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut.
AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air
Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar.