LRT bertembung: Singapura zahirkan rasa simpati kepada mangsa kemalangan

Bernama
Mei 25, 2021 06:27 MYT
Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru di bawa keluar bagi dibawa ke hospital malam ini.- fotoBERNAMA
SINGAPURA: Kerajaan Singapura menyampaikan rasa simpati kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin, kata Kementerian Luar.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata Singapura simpati dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa yang cedera segera pulih.
Menurutnya, setakat ini tiada laporan rakyat Singapura terbabit dalam nahas itu.
BACA: LRT bertembung: Bantuan khas RM1,000 kepada 213 mangsa
BACA: LRT bertembung: Hati saya dah tak sedap, bimbang keselamatan dia - Ibu mangsa
Nahas LRT | Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa
Dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang cedera, dengan 47 daripadanya parah, kejadian berlaku di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC.
BACA: LRT bertembung: Anggota bomba alami kesukaran keluarkan mangsa
Kejadian berlaku pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
-- BERNAMA
#LRT #prasarana #kerajaan singapura #Transit Aliran Ringan #Stesen Kampung Baru #Stesen KLCC