PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan negara kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan sekali gus menjadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.
"Sudah tentu kita ada pakar pelbagai bidang, tidak tepat kata kita tak ada pakar. Kerosakan di Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek bukan sebab masalah teknikal tapi keretakan struktur.
"Saya harap janganlah buat kenyataan umum, tidak adil untuk pihak lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan, di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, sebuah media tempatan menyebut Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua yang mendakwa ketiadaan pakar teknikal tempatan yang boleh menyelesaikan masalah itu dalam tempoh segera telah menyebabkan kerugian besar kepada negara.
Dalam pada itu, Loke juga memaklumkan, pihaknya tidak pernah memberikan lesen projek pelabuhan laut dalam atau deep sea terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi.
"Tambakan belum buat. Bukan isu beri lesen, lesen hanya boleh diberi jika semua kajian yang diperlukan telah dijalankan terutama Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), barulah pembangunan secara fizikal bermula.
"Sekarang masih di peringkat awal, semuanya tertakluk kepada laporan EIA, tiada lesen yang diberi buat masa ini, " jelas beliau lagi.
Madiha Abdullah
Fri Feb 03 2023

Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan negara kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan sekali gus menjadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. - Gambar hiasan

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Kerajaan tubuh Majlis Madani untuk terjemahkan konsep - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.

Kelewatan komuter Lembah Klang bersifat sementara, bukan kurang popular - Anthony Loke
Loke berkata masalah itu akan dapat diselesaikan sebaik sahaja projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 (KVDT1) siap sepenuhnya.

Setiap stesen KTMB mesti dilengkapi lif dalam masa setahun - Anthony Loke
Setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mesti dilengkapi kemudahan lif dalam masa setahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'
Kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

Kerajaan akan pinda RUU umur p-hailing daripada 21 ke 18 tahun - Anthony
Kerajaan akan membawa dan meminda Rang Undang-Undang umur penghantar makanan p-hailing daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Dewan Rakyat.

Kerajaan beri perhatian tingkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam - Anthony
Kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada meningkatkan kesalinghubungan (connectivity) pengangkutan awam di ibu negara.

Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertegas, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan kebenaran aerodrome untuk pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis.

PRN: Kemenangan besar PH-BN penentu 'survival' Kerajaan Perpaduan
Anthony Loke berkata, kemenangan besar Kerajaan Perpaduan khususnya pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah akan menjadi faktor penting kepada PH dan BN.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet tangani kesesakan lalu lintas awal April
Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk untuk merangka langkah komprehensif dan menyeluruh dalam menangani isu kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kerajaan tak boleh kawal harga tiket kapal terbang - Anthony Loke
Kerajaan tidak boleh menetapkan harga siling tiket penerbangan domestik ekoran ia mungkin menjejaskan sektor pengangkutan udara itu.

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.