awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT tergendala: PM arah jawatankuasa ditubuh siasat punca kerosakan

Mohd Zaini Othman
Mohd Zaini Othman
13/11/2022
06:41 MYT
LRT tergendala: PM arah jawatankuasa ditubuh siasat punca kerosakan
Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 9 hingga 15 Nov susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil. - Foto BERNAMA
BERA: Kementerian Pengangkutan diarah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat secara menyeluruh punca kerosakan berikutan gangguan perkhidmatan hingga menyebabkan stesen transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ditutup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merunsingkannya kerana kejadian sama berlaku dua kali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
"Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan jawatankuasa yang akan melihat secara keseluruhan. Seperti yang kita kata tadi, kita tidak mahu berlaku lagi.
"Sebab dalam masa beberapa bulan saja perkara ini berlaku lagi, jadi saya tidak mahu beberapa bulan akan datang berlaku lagi kerana ianya sangat menyusahkan orang ramai," katanya.
Menurutnya, ketika ini sistem isyarat dan komunikasi sedang diuji bagi menilai LRT laluan Kelana Jaya supaya bersedia beroperasi dengan selamat lebih awal daripada jangkaan,15 November ini.
Tambahnya, setakat ini, semua sistem keselamatan adalah stabil mengikut data ujian yang diperolehi dengan menggunakan 38 set tren di laluan Putra Heights ke Gombak.
Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 9 hingga 15 Nov susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.
Penggantungan sementara itu selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kini hanya beroperasi dari stesen Gombak ke stesen Damai serta dari stesen Lembah Subang ke stesen Putra Heights.
Topic Berkaitan
#lrt tergendala
#ismail sabri yaakob
#laluan Kelana Jaya
#Jawatankuasa Siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan