awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAT, UiTM bina pusat residensi RM9 juta di Puncak Alam

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/01/2019
06:45 MYT
LTAT, UiTM bina pusat residensi RM9 juta di Puncak Alam
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan dokumen pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara UiTM dengan Yayasan LTAT)bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM hari ini. - Foto Bernama
Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menandatangani perjanjian memorandum bersama dengan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi membina sebuah pusat residensi bercirikan motel di Puncak Alam di sini pada Mac nanti.
Perjanjian ditandatangani Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said dan Pemegang Amanah Yayasan LTAT, Datuk Azzat Kamaludin dengan disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu berkata projek itu merupakan sesuatu yang amat membanggakan serta pelaburan yang positif untuk masa akan datang.
"Saya bangga dengan pelaksanaan projek ini dan ini merupakan langkah pelaburan awal dan saya harap pihak LTAT dapat kaji untuk pelaburan seterusnya dan saya amat menggalakkannya,' katanya pada sidang media selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian Projek Endowmen Pembangunan Residensi antara UiTM dan Yayasan LTAT hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, LTAT akan menyumbang endowmen sebanyak RM6 juta manakala UiTM memperuntukkan RM2.8 juta untuk projek itu.
Antara objektif pembinaan residensi itu bagi memberi sewa kepada para pelajar serta ibu-bapa yang memerlukan penginapan di sekitar UiTM, Puncak Alam, Selangor. Projek itu akan dibangunkan berhampiran tapak Hospital Pelatih UiTM yang juga sedang dibina di Puncak Alam.
Pembangunan residensi itu akan dilengkapkan dengan 36 bilik penginapan, ruangan pejabat serta kemudahan lain yang lengkap sebagai sebuah motel yang dijangka akan siap menjelang Februari 2020.
Lebihan dana daripada projek berkenaan akan dimanfaatkan kepada anak-anak anggota tentera serta bekas anggota tentera yang digunakan sebagai biasiswa kepada pelajar terpilih yang cemerlang akademik.
Topic Berkaitan
#LTAT
#memorandum
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#MoU
#Puncak Alam
#Pusat Residensi
#residensi UiTM
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan