KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan ahli keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung permohonan kerajaan untuk melucut hak harta membabitkan wang tunai dan aset bernilai RM16 juta yang didakwa hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.
Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim berkata surat makluman berhubung penolakan representasi itu telah dihantar kepada peguam responden (ahli keluarga Abdul Azeez) pada 4 Feb lepas.
"Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi status representasi oleh pihak responden dan dukacita dimaklumkan bahawa representasi yang difailkan pada 16 Nov lepas telah ditolak oleh AGC," katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Peguam Datuk Prem Ramachandran yang mewakili keluarga Abdul Azeez mengesahkan telah menerima surat makluman itu.
Mahkamah memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujuhan bertulis pada pertengahan Mei ini dan menetapkan 21 Jun untuk pendengaran kes lucut hak.
Pada September 2019, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa, Khaleeda Azeera termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka, Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.
Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ahli keluarga Abdul Azeez untuk menangguhkan prosiding melucut hak sementara perbicaraan kes rasuah terhadap Ahli Parlimen Baling itu yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen di sini selesai.
Abdul Azeez, 55, kini dibicarakan atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan hampir RM140 juta, yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Perbicaraan tersebut, bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Pada September 2019, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka. - Gambar fail

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Abdul Azeez kemuka representasi kepada AGC tarik balik pertuduhan
Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan kes itu bagi memaklumkan status perkembangan representasi dan keputusan rayuan tersebut.

Keputusan rayuan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram pada 21 Mac
Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Mac tahun lepas.

Kerajaan tarik balik permohonan lucut hak harta hampir RM16 juta milik keluarga Abdul Azeez
Keputusan itu dibuat Jabatan Peguam Negara berikutan surat representasi yang dikemukakan oleh keluarga Abdul Azeez.

Keputusan rayuan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram pada 23 Feb
Keputusan rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya, ditetapkan pada 23 Feb ini.

Lucut hak hampir RM16 juta: AGC tolak representasi keluarga Abdul Azeez
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan ahli keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung permohonan kerajaan untuk melucut hak harta dan wang aset.

Mahkamah Tinggi bebas abang Abdul Azeez daripada pertuduhan subahat terima rasuah
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan Abdul Latif, 64, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Lucut hak RM16 juta, keluarga Abdul Azeez fail representasi
Representasi berkenaan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), namun mesyuarat antara pihak-pihak terbabit belum ditetapkan.

Dah letih panjat pokok petai, reban, gunung demi 'line' 3G - Azeez Rahim
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah jaringan internet di seluruh negara termasuklah di kawasannya.

Dewan Rakyat bertukar 'panas', Syed Saddiq dan Abdul Latiff bertikam lidah
Sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di Dewan Rakyat pada Isnin sedikit panas ketika beliau menyentuh isu bencana dalam penggulungannya.

Pendakwaan akan pastikan Abdul Azeez dapat perbicaraan yang adil - TPR
Tidak wujud ketidakadilan terhadap Abdul Azeez dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram kerana pihak pendakwaan akan memastikan beliau mendapat perbicaraan yang adil.