JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menafikan ada mengarahkan sekolah-sekolah di Johor menganjurkan Pertandingan Melukis Potret Negarawan Johor yang memaparkan muka Menteri Besar Johor dan barisan exco kerajaan negeri.
Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh menjelaskan, pertandingan seumpama itu yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan adalah insiatif sekolah terbabit dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.
"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri Johor tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menjalankan pertandingan ini.
"Semakan pihak kami mendapati bahawa program ini dijalankan atas inisiatif pihak sekolah berkenaan sebagai pengisian bulan kemerdekaan untuk pelajar mereka.
"Selaku Exco pendidikan saya menghargai sikap proaktif guru-guru dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan serta meraikan bakat pelajar Pendidikan Seni Visual," katanya dalam entri terbaharu Facebook miliknya, pada Rabu.
Sejak Rabu, tular poster pertandingan itu yang dianjurkan di sebuah sekolah menengah di Johor, dengan menonjolkan Menteri Besar Johor dan empat Exco kerajaan negeri termasuk Norliza sebagai negarawan Johor.
Poster itu antaranya mendapat perhatian bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang secara sinis mempersoalkan mengapa 'watak-watak' politik perlu dilukis di sekolah.
Wee Tse berharap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Norliza berpendapat, penggunaan istilah 'negarawan Johor' dalam poster yang ditularkan itu adalah amat tidak sesuai untuk dirujuk kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang masih berkhidmat.
"Saya memahami bahawa kesilapan ini telah memberikan imej buruk kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri Johor khususnya," katanya.
Beliau berharap, isu itu tidak dipanjangkan dan menjadi bahan politik hingga menjejaskan pihak guru serta sekolah yang terlibat.
"Kerajaan negeri Johor sentiasa menyokong usaha meningkatkan kemahiran dan menggilap bakat pelajar," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 10 2022
Sejak Rabu, tular poster pertandingan itu yang dianjurkan di sebuah sekolah menengah di Johor, dengan menonjolkan Menteri Besar Johor dan empat Exco kerajaan negeri termasuk Norliza sebagai negarawan Johor. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Lukis potret 'Negarawan Johor' bukan arahan kerajaan negeri
Pertandingan seumpama itu yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan adalah insiatif sekolah terbabit.