Lukisan mural 'The Loving Sisters' iaitu wajah dua orang adik-beradik perempuan rakyat tempatan pada dinding bangunan empat tingkat di Jalan Bulatan Bakri, di sini, diiktiraf sebagai lukisan mural terbesar oleh Malaysia Book of Records (MBOR) pada Isnin.
Lukisan memaparkan wajah Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang berasal dari Bakri, hasil seni artis Rusia, Julia Volchkova dengan kos RM100,000 pada dinding setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter itu dihasilkan dalam masa 12 hari.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siow Kiong berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama komuniti setempat yang membawa enam artis luar negara dan juga artis tempatan ke daerah ini.
Katanya hasil lukisan mural tersebut membuktikan bahawa wujud nilai pemuafakatan antara rakyat dan kerajaan negeri bagi membangunkan daerah ini.
"Muar yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersejarah dan makanan enak, kini mempunyai produk baharu dari segi kreatif dan inovatif," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Mural Potret Terbesar oleh Pengerusi MBOR, Christopher Hw Wong yang disaksikan kira-kira 1,000 penduduk daerah Muar di sini pada Isnin.
Sumbangan komuniti
Tee berkata kos menyiapkan lukisan tersebut adalah hasil sumbangan komuniti Muar tanpa menggunakan peruntukan daripada kerajaan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Muar kerana berjaya membina tarikan baharu ke Muar dengan menggunakan peruntukan hasil kerjasama komuniti tempatan," katanya.
Katanya rakyat perlu menjadi pemangkin dalam pembangunan dan bukan hanya menjadi sebagai pemerhati sahaja.
"Kerajaan Negeri Johor memberi galakan terhadap usaha seperti ini yang menunjukan hasil pemuafakatan antara semua pihak iaitu kerajaan, pihak swasta dan juga rakyat," katanya.
Beliau berharap tarikan baharu di Muar itu akan mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara berkunjung ke bandar Maharani sejajar dengan Pelan Pembangunan Pelancongan Negeri Johor (2014-2023).
Menurut Tee, pada Ogos depan, terdapat enam lagi lukisan mural akan dihasilkan di Tanjung Emas di sini, yang menjadi lukisan mural kedua di bandar ini dengan tema 'Masyarakat Berbilang Kaum Bangsa Johor'.
Inspirasi
Sementara itu, bapa kepada dua beradik tersebut, Abdul Rashid Abdul Bakar, 29, berkata beliau bangga dan tidak menyangka wajah anaknya menjadi inspirasi pelukis mural.
"Saya hanya dapat tahu wajah anak saya dilukis malam tadi...itu pun apabila pihak penganjur menjemput kami sekeluarga datang ke sini hari ini.
"Sebelum ini, saya hanya mendengar berita daripada kawan-kawan dan viral di media sosial, namun, tidak menyangka bahawa itu adalah wajah anak-anak perempuan saya," katanya.
Abdul Rashid yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan di Muar berkata Volchkova pernah meminta izin untuk mengambil gambar anaknya ketika mereka sekeluarga berkunjung di Taman Permainan Kanak-Kanak Tanjung Emas beberapa bulan lepas.
"Saya tidak sangka beliau akan melukisnya...pada masa itu beliau hanya memberitahu saya tujuannya adalah untuk mencari inspirasi sahaja," katanya.
Anak jati Batu 2, Bakri itu menambah kedua-dua anaknya itu amat rapat antara satu sama lain selain tidak dapat dipisahkan dan sering perlu berada di satu-satu tempat bersama.
Bernama
Tue Jul 19 2016
Lukisan mural The Loving Sisters karya pelukis mural dari Rusia Julia Volchkova mendapat pengiktirafan pihak MBOR. - Foto Bernama
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Anugerah SAM: Nur Ain Nabilah-Aleena cipta sejarah, Liek Hou kekal penguasaaan
Mereka mengatasi bintang skuasy negara Sivasangari dan Eain Yow, atlet wushu Wong Weng Soon dan juara tenpin boling Natasha Mohamed Roslan.
Peluang Harimau Malaya cipta sejarah semakin tipis
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ketiga saingan Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata.
Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid
Beliau akan meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober.
IPEF: Lebih AS$23 bilion potensi projek dikenal pasti - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perjanjian itu mewujudkan mekanisme baharu untuk rakan kongsi IPEF membangunkan serta menyertai Program Kerja Bersama (CWP).
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN
Malaysia akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Lelaki tempatan lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa
Mayat mangsa dijumpai oleh anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15 dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pada jam 7.15 malam.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tempah tiket suku akhir bertemu Kunlavut
Pada aksi di Istora Senayan itu, Zii Jia diberi tentangan hebat sebelum terpaksa akur tewas 20-22 di set pertama.
Lukisan mural dua beradik 'The Loving Sisters' di Muar dapat pengiktirafan
Menariknya, kos menyiapkan lukisan tersebut adalah hasil sumbangan komuniti Muar tanpa menggunakan peruntukan daripada kerajaan.