Pelukis kartun kelahiran Pulau Pinang Mohd Azmi Mohd Hussin mencipta sejarah tersendiri apabila lukisan yang dihasilkannya menggunakan air kopi membolehkan beliau tersenarai dalam Malaysia Book of Records dikitiraf sebagai "lukisan terpanjang menggunakan kopi".
Pelukis berumur 35 tahun itu diiktiraf sebagai rakyat Malaysia yang pertama menghasilkan karya seni berbentuk lukisan sepanjang 101 meter yang memaparkan 100 mercu tanda Pulau Pinang, menggunakan air kopi yang diperbuat daripada jenis arabica berkualiti tinggi dari Starbucks.
Mohd Azmi berkata beliau mengambil masa 25 hari untuk menyiapkan lukisan itu yang menampilkan pemandangan Pulau Pinang di kaki langit, dari Masjid Kapitan Keling sehingga ke Seberang Perai.
Menurutnya bagi mencapai pelbagai tona warna coklat yang berlainan, biji-biji kopi dikisar mengikut set yang betul, kemudiannya diekstrak dengan merendamnya dalam air panas untuk tempoh masa yang berbeza.
"Selepas meninjau pelbagai jenis kopi yang berlainan untuk lukisan, saya dapati hanya kopi asli mencapai hasil yang diharapkan bagi tempoh yang panjang. Setiap hari saya menghabiskan masa selama lapan jam untuk menyiapkan sekurang-kurangnya lukisan sepanjang lima meter tiap sehari," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays, menyaksikan penyampaian sijil Malaysia Book of Records oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records Sdn Bhd, Christopher Wong kepada Azmi di Starbucks Sri Pinang di sini.
Mohd Azmi berkata sepanjang proses, Starbucks banyak membantu dalam menyediakan peralatan yang diperlukan bagi memastikan beliau dapat menghasilkan karya terbaik.
"Bekerja dengan Starbucks benar-benar meluaskan pengalaman dan saya amat berterima kasih kepada Starbucks Malaysia yang menyediakan platfornm ini kepada saya, sebagai penghormatan kepada tempat asal saya," katanya.
Pada 2017, Azmi sudahpun berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai karikatur paling banyak dilukis dalam tempoh 24 jam.
Mohd Azmi yang dikenali dengan nama pena ME berkata sasaran berikutnya adalah cubaan mendapat pengiktirafan daripada Guiness World Records untuk lukisan terpanjang menggunakan kopi dan mempamerkan lukisan kopinya itu di premis Starbucks di seluruh negara di masa hadapan.
"Saya kini tinggal di sebuah galeri kecil di Jalan Penang tapi saya benar-benar berharap untuk mendapat tempat yang sesuai utnuk mempamerkan hasil karya saya di masa akan datang," katanya.
Dalam tempoh enam tahun karier beliau sebagai pelukis kartun, Mohd Azmi telah menghasilkan tiga buku komik bertajuk 'Tanjong Life', 'Little Mamak' dan 'Lost in Bagan'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019
Azmi Hussain mencipta rekod dengan membuat lukisan menggunakan air kopi yang ditaja oleh Starbucks Malaysia sepanjang 101 Meter yang mengambil masa selama 25 hari untuk disiapkan. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lukisan terpanjang menggunakan kopi diiktiraf M'sia Book of Records
Mohd Azmi Mohd Hussin mencipta sejarah tersendiri apabila lukisan yang dihasilkannya menggunakan air kopi membolehkan beliau tersenarai dalam Malaysia Book of Records.