KUALA LUMPUR : Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) memandang serius isu penggunaan vape dan rokok elektronik dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Marcapada ini, remaja dan kanak-kanak semakin terjerumus ke kancah penggunaan vape yang diuar-uarkan oleh golongan tertentu sebagai sumber ekonomi baru untuk negara di samping boleh digunakan sebagai kaedah berhenti merokok.
2. Namun, sebenarnya tiada kajian kukuh terhadap penggunaan vape sebagai terapi berhenti merokok dan kos ekonomi yang dibawa oleh penyakit berkaitan dengan vape seperti EVALI adalah lebih tinggi dari potensi keuntungan yang dibawa industri ini. Selain itu, negara yang telah meringankan peraturan penggunaan vape seperti England dan New Zealand telah menghadapi peningkatan dalam golongan remaja dan kanak-kanak yang terjebak dengan ketagihan ini. Ini merisaukan pakar-pakar kesihatan terutamanya pakar pediatrik dan pakar perubatan keluarga di sana.
3. Kajian tinjauan kesihatan remaja 2022 (Adolescent Health Survey 2022) telah menunjukkan berlakunya perubahan pola penggunaan rokok dalam kalangan remaja di mana berlakunya penurunan penggunaan rokok konvensional tetapi penggunaan vape pula semakin meningkat. Lebih merisaukan, 6% daripada remaja yang menggunakan vape adalah dalam kalangan remaja perempuan berbanding hanya 1% bagi penggunaan rokok konvensional. Ini membuktikan penerimaan vape lebih tinggi dalam kalangan remaja, sesuai dengan bukti-bukti kajian global yang membuktikan remaja menggunakan vape kerana sifat ingin tahu, sebagai gaya hidup dan perasa yang menarik minat mereka.
4. Tambahan pula, sejak pengeluaran cecair nikotin daripada Akta Racun pada 1 April 2023, penjualan nikotin tidak dikawal selia oleh mana-mana undang-undang di Malaysia. Ini membuka ruang kepada penjualan tidak terkawal kepada remaja dan kanak-kanak bawah umur. Ini sokong oleh dapatan tinjauan Pusat Racun Negara yang mendapati produk vape dijual sebaris dengan gula-gula dan alat tulis di kedai-kedai runcit.
5. Pakar Perubatan Keluarga di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin dan Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Megat Mohammad Amirul Amzar Megat Hashim, bersama pakar-pakar perubatan di Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang lain telah giat menjalankan aktiviti advokasi pencegahan dan berhenti merokok/vape sejak tahun 2015. Mereka menyuarakan kebimbangan dengan trend vaping dalam kalangan remaja dan kanak-kanak ini. Dalam pengalaman mereka menyantuni remaja sekolah sekitar usia 13-16 tahun, terdapat pola penggunaan vape yang merisaukan. Ini termasuk lah aktiviti mencampurkan vape dengan cecair yang mengkhayalkan seperti psilocybin (dikenali sebagai mushroom flavour oleh remaja) dan juga meletakkan tar di dalam cecair e-liquid. Pola ini amat merisaukan kerana campuran dadah halusinogen bukan sahaja memberikan risiko kesihatan yang serius seperti keracunan akut dan ketagihan, malah ia boleh meningkatkan risiko masalah sosial seperti kes rogol di bawah pengaruh dadah yang berlaku di Sabah pada bulan Mei 2023.
6. Selain daripada itu, peranti vape yang menggunakan bateri lithium ion berisiko meletup dan menyebabkan kecederaan serius serta meningkatkan risiko kebakaran. Kajian juga menunjukkan kandungan bahan kimia seperti propylene glycol, vegetable glycerine dan juga perasa di dalam vape berpotensi merosakkan paru-paru dan salur pernafasan. Ini disokong lagi oleh pengalaman yang dikongsikan Profesor Dr Amani dan Dr Amirul di mana terdapat beberapa pelajar yang mengalami pemerosotan dari kebolehan melakukan aktiviti fizikal selepas terjebak dengan penggunaan vape. Remaja yang mula menggunakan vape seawal usia 12 tahun dengan mencuba vape yang ditinggalkan oleh ayahnya itu tidak lagi berupaya menyertai aktiviti fizikal seperti bermain bola sepak, sebaliknya hanya berada di tepi padang sahaja sewaktu slot pendidikan jasmani dan kesihatan. Kini, beliau sedang dibantu oleh pakar perubatan keluarga secara kaunseling berkala untuk berhenti menggunakan vape.
7. Seorang remaja berumur 15 tahun, dengan mudah dapat membeli vape tanpa diperiksa kad pengenalannya. Dia mengaku memasukkan tar jalan raya yang ditumbuk halus kedalam cecair e-jus bagi menaikkan rasa “mabuk” apabila menggunakan vape. Seorang lagi remaja lain berusia 13 tahun baru-baru ini telah dibuang dari sekolah kerana telah ditangkap menggunakan vape berkali-kali oleh guru sekolahnya. Sebagai orang dewasa, kita tidak sewajarnya menyalahkan remaja ini kerana mereka telah terjebak dengan ketagihan akibat kelompongan undang-undang kawalan produk merokok di negara kita.
8. Oleh yang demikian, kami, Pakar-Pakar Perubatan Keluarga daripada Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) menggesa kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kedua pada sesi parlimen bulan Oktober 2023 ini. Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata. Kami dengan tegas mencela tindakan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dan berselindung di sebalik kuasa legislatif yang dimandatkan kepada mereka.
DR NOR HAZLIN TALIB
Presiden Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Malaysia (FMSA)
Kenyataan Media
Tue Oct 10 2023
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.
Polis nafi 10 kematian akibat magic mushroom di Kuala Selangor
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
New Zealand haramkan vape pakai buang
Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.
Penggunaan vape dalam kalangan wanita meningkat - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
Ambil teladan dari negara progresif seperti Jepun
Dalam tempoh tujuh tahun, 73,826 perokok menyertai program berhenti merokok dan hanya 16,930 atau 23 peratus berjaya berhenti selepas enam bulan.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
Biarpun kecewa, Dr Dzul tetap sokong RUU Kawalan Produk Merokok 2023
Pengguguran klausa GEG akan menyukarkan pengurangan kadar aktiviti merokok Malaysia daripada 21% kepada bawah 5% menjelang 2045.