KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mengemukakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 pada sesi Dewan Rakyat pada Oktober ini bagi membanteras isu lumba haram dan aktiviti mat rempit.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, antara cadangan pindaan adalah tindakan terhadap orang ramai yang menjadi penonton lumba haram dan hukuman terhadap bengkel yang mengubah suai motosikal bagi kegunaan kegiataan itu.
"Ada perbincangan pada 8 Ogos lepas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Kementerian Pengangkutan tentang mengubal undang-undang ini supaya lebih ketat dan ditambah aspek yang perlu diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
"Hukuman denda atau penjara yang ada pada masa sekarang juga perlu ditingkatkan. Bagaimanapun ini masih dalam perbincangan dan berkemungkinan akan dikemukakan dalam Dewan Rakyat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator N. Balasubramaniam mengenai pindaan undang-undang untuk membanteras isu lumba haram serta jumlah operasi melibatkan lumba haram.
Jonathan berkata, berdasarkan statistik Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), seramai 1,451 pesalah telah ditangkap dari Januari 2022 hingga Jun lepas.
Menurutnya, sebanyak 1,258 saman juga dikeluarkan dan 2,200 kenderaan disita untuk siasatan.
Mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri, Jonathan berkata, cadangan itu baik dalam usaha memperkasakan sukan permotoran.
Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat daripada kerajaan negeri menunjukkan ia kurang mendapat sambutan dalam kalangan orang muda termasuk di Pulau Pinang dan Selangor yang telahpun mempunyai litar khas. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Kerajaan bercadang untuk mengemukakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada sesi Dewan Rakyat pada Oktober ini bagi membanteras isu lumba haram dan aktiviti mat rempit, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin.
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.
Polis P.Pinang sita 76 motosikal, keluar 297 saman dalam operasi Samseng Jalanan
Polis Pulau Pinang menyita 50 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan kerap mat rempit berlumba haram di sekitar negeri itu, semalam.
Polis cekup dua lelaki, rampas motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menahan dua lelaki selain merampas sebuah motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kota Masai, pada Sabtu.
Aksi 'Superman', langgar lampu merah, remaja lelaki maut rempuh kereta
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas.
Tambah baik prosedur, hukuman babit 'mat rempit' - Ketua Polis Pulau Pinang
Penambahan prosedur dan hukuman yang menyeluruh melibatkan kegiatan samseng jalanan di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.
Op Samseng Jalanan: Polis sita 14 motosikal, tahan dua remaja
Polis menyita 14 motosikal dan menahan dua remaja lelaki dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan lumba haram di daerah Barat Daya, sejak Jumaat hingga semalam.
Remaja maut, seorang lagi cedera parah kemalangan ketika berlumba haram
Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan ketika dipercayai berlumba haram di Persiaran Raja Muda Musa, Klang awal pagi ini.
Polis tahan dua mekanik berlumba di lebuh raya DASH
Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta.
Lumba haram: Penunggang maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan
Mangsa, seorang lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.