Seekor lumba-lumba ditemui terdampar di pesisir Pantai Tanjung Gelam, Batu Rakit pada Khamis.
Kehadiran mamalia marin itu disedari seorang peniaga ketika ingin membuka premis perniagaannya pada kira-kira jam 2 petang tadi.
Menurut Muhammad Al-Ghazali Ibrahim, sebelum itu dia mengesan objek kehitam-hitaman di pantai berdekatan premis berkenaan.
Katanya ketika menghampiri 'objek' berkenaan, dia terkejut selepas melihat objek itu sebenarnya seekor lumba-lumba yang dipercayai telah hanyut dan terdampar.
"Masa jumpa ia kelihatan agak lemah mengalami luka. Bimbang dengan keadaan itu, saya dan beberapa rakan bertindak membantu melepaskan haiwan terbabit ke laut.
"Ia adalah hidupan tengah laut dan berkumpulan, jadi saya pelik bila lihat ia terdampar di tepi pantai, mungkin ia tersesat dari kumpulannya kemudian terdampar di sini," katanya kepada Astro AWANI.
Usaha menyelamat itu turut dibantu sekumpulan tujuh pelajar jurusan Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), lapor Bernama.
Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains (Biologi Marin), Mohd Nur Aiman Suhaimi, 23, berkata dia mendapat panggilan telefon daripada orang kampung yang memaklumkan penemuan itu pada 1.30 tengah hari semalam.
"Pada mulanya seakan tidak percaya kerana sepanjang pengetahuan saya, memang tidak pernah ada lumba-lumba yang terdampar di pesisir pantai Terengganu sebelum ini.
"Kalau kes penyu terdampar itu memang pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tapi untuk lumba-lumba itu memang luar biasa. Namun, kami tetap keluar ke lokasi untuk kepastian," katanya kepada Bernama.
Katanya mereka mengambil masa kurang lima minit untuk mengangkat lumba-lumba itu ke kawasan air yang lebih dalam namun haiwan itu terlalu lemah dan tidak berdaya menahan hempasan ombak yang terlalu
"Saya difahamkan ia terdampar di kawasan berpasir namun sempat dialihkan dua individu ke kawasan air cetek sebelum kami tiba.
"Lebih mencemaskan kerana lumba-lumba itu sudah mula mendengus dan terdapat sedikit kesan luka di bahagian kepalanya.
"Mujur penduduk kampung bertindak pantas menghubungi kami dan akhirnya ia berjaya berenang kembali ke lautan," katanya yang begitu teruja dapat menemui haiwan itu buat pertama kali dalam hidupnya.
Kumpulan pelajar tersebut menunggu hampir 30 minit untuk memastikan lumba-lumba itu benar-benar selamat dan tidak lagi terdampar di pesisir pantai untuk kali kedua.
Selain Mohd Nur Aiman, enam lagi pelajar itu ialah Akalili Zanudin, 21; Wan Amirul Syafiq Wan Nazari, 22; Syakirah Sukery, 21; Farah Syahirah Ishak, 21; Syafiqah Nabilah Mutalib, 21, dan Nur Aini Othman, 21.
Nur Fazlizai Ali
Thu Dec 12 2019
Seekor lumba-lumba ditemui terdampar di pesisir Pantai Tanjung Gelam. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lumba-lumba diselamatkan nelayan, pelajar UMT selepas dijumpai terdampar
Seekor lumba-lumba ditemui terdampar di pesisir Pantai Tanjung Gelam, Batu Rakit pada Khamis.