SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan para pengeluar zakat untuk melakukan pembayaran secara bulanan bagi membantu institusi itu menampung keperluan agihan zakat kepada golongan asnaf.
Ketua Divisyen Kutipan LZS Muhd Fikri Naim Harun berkata buat masa ini sekitar 65,000 keluarga asnaf terdiri daripada golongan fakir, miskin dan mualaf menerima bantuan zakat daripada LZS secara bulanan mengikut keperluan masing-masing.
"Kebanyakan pengeluar zakat akan mengira pendapatan tahunan mereka setiap hujung tahun dan kita boleh lihat jumlah kutipan zakat pada Disember adalah sangat tinggi berbanding 11 bulan yang lain. Justeru, kita menggalakkan pembayaran zakat secara bulanan dibuat untuk menampung jumlah agihan diperlukan untuk golongan asnaf setiap bulan," katanya kepada Bernama.
Muhd Fikri berkata pada tahun lepas, LZS mencatatkan peningkatan jumlah kutipan zakat yang ketara kepada RM992.9 juta berbanding RM912.9 juta pada 2020 walaupun negara berdepan dengan masalah pandemik COVID-19 pada tempoh tersebut.
"Umat Islam kini mula sedar akan tanggungjawab mereka kepada agama dan kita mengucapkan terima kasih kepada pengeluar-pengeluar zakat di Selangor yang kini meningkat kepada 364,778 tahun lepas berbanding 346,415 orang pada 2020," katanya.
Namun, beliau berkata pihaknya mendapati 23 peratus daripada keseluruhan pembayar zakat di negeri itu masih membayar dengan jumlah sama selama bertahun-tahun tanpa melakukan pentaksiran semula zakat mereka.
"Setiap tahun mereka akan membayar jumlah zakat yang sama, secara logiknya pasti ada kenaikan gaji atau pendapatan tahunan dan seharusnya jumlah pembayaran zakat juga ditambah bagi menyempurnakan ibadah zakat itu sendiri," katanya.
Justeru, katanya melalui kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bermula 15 Jun hingga 31 Julai yang dilaksanakan LZS adalah diharapkan masyarakat lebih cakna dan mahir untuk mentaksir jumlah zakat perlu ditunaikan.
"Kita memilih tempoh antara Jun hingga Julai bagi kempen ini kerana kebanyakan syarikat akan melakukan pelarasan gaji pada suku kedua setiap tahun, jadi amat sesuai untuk umat Islam melakukan taksiran zakat mereka, sebagaimana kita melakukan proses E-filing untuk pembayaran cukai setiap tahun pada Mac dan April," katanya.
Menurutnya pelbagai saluran pembayaran zakat disediakan LZS seperti secara potongan gaji, perbankan internet, cawangan LZS dan yang terbaharu potongan terus secara debit untuk memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam keempat itu.
"Seiring dengan kemajuan teknologi, LZS juga menggalakkan pengeluar zakat melakukan pembayaran secara dalam talian, yang kini menjadi pilihan sekitar 25 peratus pembayar zakat di LZS mengikut rekod 2021," katanya.
Menerusi kempen BTZ, pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat seterusnya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan, berpeluang menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi hadiah menarik.
Maklumat terkini berkenaan kempen BTZ boleh diperoleh di saluran rasmi LZS jom.zakatselangor.com.my atau Facebook dan Instagram ZakatSelangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Menerusi kempen BTZ, pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat seterusnya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan. - Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.
Majlis ilmu Ramadan: Pengurusan masjid, agensi kerajaan perlu undang penceramah bertauliah
Pengurusan masjid serta agensi kerajaan yang mengadakan majlis ilmu sepanjang Ramadan perlu memastikan penceramah diundang adalah bertauliah.
MAIK kutip lebih RM256 juta zakat tahun lepas
MAIK rekod peningkatan kutipan zakat lebih RM256 juta tahun lepas berbanding lebih RM228 juta pada tahun 2022.
PM Anwar minta MAIWP selaras bantuan zakat bersama agensi lain
Anwar memberi contoh, tanpa penyelarasan, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada yang lain langsung tidak dibantu.
Institusi zakat perlu selesaikan masalah asas kemiskinan tegar - Perdana Menteri
Zakat bukan institusi biasa bagi menjana pendapatan negara, sebaliknya ia penting dalam usaha membanteras kemiskinan.
MAIWP terus laksana proses pemutihan pastikan bantuan diterima golongan layak
Terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaan.
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.