awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LZS terima zakat perniagaan RM3.27 juta

Bernama
Bernama
13/04/2023
13:13 MYT
LZS terima zakat perniagaan RM3.27 juta
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 47 syarikat termasuk pengeluar zakat individu berjumlah RM3,272,731.
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 47 syarikat termasuk pengeluar zakat individu berjumlah RM3,272,731 yang diserahkan dalam Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat Ramadan (IMTIYAZ) 2023 di sini.
Maybank Islamic Bhd mendahului senarai syarikat yang mengeluarkan zakat perniagaan dengan jumlah RM623,138 diikuti Little Caliphs International Sdn Bhd (RM600,000), Bawal Exclusive Sdn Bhd (RM328,659) dan KPJ Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd (RM250,000).
Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Koperasi Seri Cheeding Bhd (RM207,750), KPJ Kajang Specialist Hospital Sdn Bhd (RM150,000), Kenanga Investment Bank Bhd (RM145,581), Futurise Sdn Bhd (RM143,812) dan Yayasan Guru Malaysia Bhd (RM120,737.76).
Pada majlis itu, LZS turut menyerahkan zakat kepada empat individu dan institusi berjumlah RM29,217,330 manakala sembilan majikan menerima Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) kerana bersama-sama menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata setakat ini, hanya 30 peratus syarikat di Selangor menunaikan zakat perniagaan mereka kepada LZS.
"Hal ini mungkin disebabkan ada kekangan khususnya syarikat yang mempunyai ramai pemegang saham menyebabkan syarikat itu memerlukan persetujuan kesemua mereka, selain kekangan seperti dari segi kedudukan kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Zakat Selangor
#LZS
#zakat perniagaan
#IMTIYAZ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan