awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MA pukul doktor: Mangsa kecewa tiada tindakan tegas, JKN akui keluar surat teguran

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2024
08:45 MYT
MA pukul doktor: Mangsa kecewa tiada tindakan tegas, JKN akui keluar surat teguran
JKN Perak juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi insiden tersebut. - Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengeluarkan surat teguran kepada seorang pembantu perubatan (MA) yang didakwa memukul seorang doktor lelaki dalam kejadian di Hospital Gerik, Jun lalu.
Pengarah JKN Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, surat berkenaan telah dihantar kepada lelaki terbabit pada 31 Julai lepas selepas satu siasatan dalaman dijalankan.
"Aduan berkaitan insiden itu telah dibuat pada 4 Jun dan sebuah Jawatankuasa Siasatan Dalaman telah ditubuhkan pada hari sama aduan diterima.
"Siasatan yang dijalankan pada 12 Jun kemudiannya mendapati bahawa aduan tersebut adalah berasas," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook bernama Aidid Nawawi Ghazali mendakwa trauma akibat dipukul sebanyak sembilan kali iaitu tujuh di belakang badan dan dua lagi di belakang kepala oleh pembantu perubatan.
Doktor itu mendakwa insiden itu berlaku ketika beliau merawat seorang pesakit wanita yang cedera akibat diserang dengan aurat pesakit itu terdedah.
Dalam perkongsian itu, Aidid Nawawi turut meluahkan rasa tidak adil dengan rumusan siasatan dalaman kerana pelaku tidak menerima apa-apa tindakan, tidak memohon maaf dan kekal boleh bekerja seperti biasa.
Mengulas lanjut, Dr Feisul Idzwan berkata, surat pemakluman hasil siasatan dalaman itu telah dihantar kepada Aidid Nawawi pada 1 Ogos lalu dan pihaknya sudah menghubungi pengadu untuk menawarkan perkhidmatan kaunseling.
Katanya, JKN Perak juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi insiden tersebut.
"KKM memandang serius sebarang perlakuan buli atau penggunaan kekerasan dan mempunyai toleransi sifar terhadap sebarang bentuk kekerasan di tempat kerja," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul doktor
#Tular
#JKN Perak
#MA pukul doktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan