awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MA63: Jangan lantik ahli politik bincang isu Sabah - Anifah Aman

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
17/02/2022
15:48 MYT
MA63: Jangan lantik ahli politik bincang isu Sabah - Anifah Aman
Anifah PCS) berkata, Sabah tidak akan dapat bergerak ke hadapan jika jawatan kepimpinan diberikan kepada mereka yang tiada kelayakan atau pengalaman. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah perlu melantik rakyat Sabah yang berkelayakan bagi memimpin jawatankuasa membincangkan isu-isu berkaitan negeri ini, termasuk membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan negeri perlu mengelak melantik ahli politik ke jawatan berkenaan bagi memastikan hasil perbincangan yang memuaskan.
"Apabila isu-isu yang membabitkan negeri timbul, ia adalah prosedur standard bagi Ketua Menteri untuk membentuk satu jawatankuasa untuk mengkaji perkara itu.
"Jawatankuasa itu akan membincangkan dan membahaskan isu itu dan mengambil kira aspek undang-undang, sosial dan ekonomi sebelum membentangkannya kepada Kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Bagaimanapun, katanya bagi memastikan cadangan itu berguna dan diguna pakai, individu berkelayakan perlu dilantik menjadi ahli dan memimpin jawatankuasa tersebut.
"Kita perlu bergerak jauh daripada melantik ahli politik untuk memimpin jawatankuasa hanya kerana mereka adalah wakil rakyat atau menteri Kabinet atau datang dari parti yang sama dengan kepimpinan negeri.
"Apa penyelesaian yang boleh dicadangkan selain daripada retorik politik apabila jawatankuasa itu terdiri daripada ahli politik yang tidak mempunyai pengalaman terdahulu dalam menangani perkara yang dibincangkan?," katanya.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, Sabah tidak akan dapat bergerak ke hadapan jika jawatan kepimpinan diberikan kepada mereka yang tiada kelayakan atau pengalaman.
"Saya faham bahawa dalam demokrasi, adalah penting bagi ketua kerajaan untuk memberi ganjaran kepada anggota parti dengan kedudukan kepimpinan.
"Walau bagaimanapun, pemilihan yang teliti mesti dibuat untuk memastikan hanya mereka yang layak diberikan jawatan kepimpinan," katanya lagi.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis berkata, kekurangan pengalaman dalam kalangan mereka yang dilantik ke posisi kepimpinan akan merugikan negeri, terutamanya apabila isu tidak dapat diselesaikan, khususnya yang berkaitan dengan MA63.
"Perjuangan kita untuk MA63 dihormati akan sia-sia dan kita masih akan ditinggalkan jika kita tidak dapat membuat penyelesaian kepada masalah sedia ada seperti status Sabah dalam Malaysia; royalti minyak; 40 peratus pulangan daripada kerajaan Persekutuan; pekerjaan perkhidmatan awam dan lain-lain.
"Orang Sabah mahukan penyelesaian yang betul kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah, bukan retorik politik," katanya.
Topic Berkaitan
#MA63
#Anifah Aman
#Sabah
#ahli politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan