awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan

Bernama
Bernama
15/11/2024
08:00 MYT
MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Sharifah Hasidah berkata kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan 10 tuntutan negeri berkaitan pentadbiran pendidikan, seperti yang telah dipersetujui pada peringkat pusat. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sarawak pada 9 Sept lepas yang melibatkan peringkat Persekutuan dan negeri juga menunjukkan perkembangan positif antaranya peningkatan taraf fasiliti kesihatan dan klinik kesihatan daif dan projek rintis fasiliti kesihatan Sarawak.
"Mesyuarat berkenaan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. Pelbagai isu telah dibincangkan yang telah menunjukkan perkembangan positif.
"Namun demikian, masih banyak lagi perkara yang akan terus kita bincangkan dan harap dapat dicapai banyak lagi persetujuan," katanya ketika menjawab soalan Billy Sujang (GPS-Opar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Billy bertanyakan tentang status terkini Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya berkaitan dengan autonomi Sarawak terhadap pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
Menyentuh mengenai autonomi negeri terhadap pendidikan, Sharifah Hasidah berkata kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan 10 tuntutan negeri berkaitan pentadbiran pendidikan, seperti yang telah dipersetujui pada peringkat pusat.
"Antara tuntutan yang menjadi penting dan utama serta diluluskan kepada kerajaan Sarawak ialah perwakilan kuasa meluluskan projek yang dibiayai kerajaan Sarawak atau mana-mana pihak lain selain kerajaan Persekutuan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak," katanya.
Pada September lepas, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan kementerian itu bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan termasuklah usaha mengukuhkan penglibatan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).
Antara tuntutan lain ialah kebenaran kepada kerajaan Sarawak untuk mengambil guru Contract of Service, namun masih tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan; menetapkan peruntukan masa Pendidikan Islam tidak mengganggu masa mata pelajaran yang lain terutamanya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta perkongsian data pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MA63
#peningkatan taraf fasiliti kesihatan
#DUN Sarawak
#kerajaan Persekutuan
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan