KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan perjanjian keramat yang tidak boleh diubah dalam apa juga cara dan bentuk, tegas Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ini kerana kata Premier Sarawak itu, segala isi kandung yang dimasukkan oleh pemimpin terdahulu ketika pembentukan Malaysia adalah yang anggap perlu untuk melindungi hak dan kepentingan negeri ini dan rakyatnya.
Menurutnya, cadangan agar MA63 diubah tidak sepatutnya dibuat sama sekali memandangkan beberapa hak dan keistimewaan Sarawak yang sedia ada telah terhakis dan belum dihormati selepas 59 tahun.
"Apa yang dimasukkan oleh pemimpin terdahulu ketika membentuk Malaysia adalah apa yang mereka anggap perlu untuk melindungi hak dan kepentingan Sarawak serta rakyatnya.
"Sebagai contoh, hak kita seperti yang terkandung dalam Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) jelas wujud sebelum tahun 1963, tidak pernah dimansuhkan, dan akan sentiasa dikuatkuasakan, dan dengan itu memberi kita kuasa ke atas sumber petroleum darat kita," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Sarawak 2022 di Stadium Tertutup Sibu.
Sambutan itu turut dihadiri, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Tambah Abang Johari, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan adalah untuk Kerajaan Persekutuan menghormati sepenuhnya persetujuan bapa-bapa pengasas negara ini dalam semangat Keluarga Malaysia.
Menurut beliau, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan bertanggungjawab untuk menjaga dan mengembalikan hak Sarawak yang terhakis dan memastikan MA63 dihormati serta dilaksanakan.
"Sebagai ketua Kerajaan Sarawak saya menyeru kepada pihak Persekutuan supaya perundingan seterusnya mengenai MA63 dipermudahkan untuk kebaikan negara keseluruhannya," katanya.
Astro Awani
Fri Jul 22 2022
Abang Johari (gambar) berkata cadangan agar MA63 diubah tidak sepatutnya dibuat sama sekali memandangkan beberapa hak dan keistimewaan Sarawak yang sedia ada telah terhakis dan belum dihormati selepas 59 tahun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.
Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah
Ia masih dalam perbincangan walaupun telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah No.1/2024 yang diadakan pada 26 Ogos lepas.
Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding
Sabah tegas untuk menolak sebarang bentuk rundingan berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) dan pelantar benua.
MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.