Kerajaan kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan bagi laporan akhir Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63) didedahkan kepada umum.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib berkata ia berikutan status dokumen itu adalah bertaraf rahsia dan penarafan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Setakat ini, kerajaan masih kekal pendirian bahawa tiada keperluan untuk laporan akhir ini diedarkan kepada umum memandangkan isu, kandungan dan perbincangan yang direkodkan adalah bersifat teknikal dan melibatkan perkara sensitif.
"OIeh yang demikian, status dokumen kekal taraf rahsia rasmi dan perlu diberikan perlindungan seperti yang diperuntukkan undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara yang dibangkitkan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) iaitu status laporan akhir MA63 pada usul Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Chan turut membangkitkan persoalan mengenai status 21 perkara yang dikemukakan dalam laporan itu dengan empat perkara masih dibincangkan iaitu isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum; mineral minyak dan medan minyak; Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]; dan hak negeri ke atas pelantar benua.
Hanifah Hajar berkata perbincangan mengenai empat perkara ini masih diteruskan dengan kerajaan akan menyambung perbincangan mengenainya dalam majlis khas yang akan ditubuhkan tidak masa lagi.
"Selain itu, satu jawatankuasa bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah ditubuhkan bagi membincangkan mengenai penyelesaian komersial berhubung minyak dan gas. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) bersama Menteri Kewangan (MOF) (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dan urus setia MOF," katanya.
Menurutnya, perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak masih berlangsung manakala perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah dijangka menyusul kemudian.
Beliau berkata kerajaan melalui kementerian itu juga sedang memantau perkembangan 17 perkara yang telah diputuskan oleh JKKMA63, selain bertanggungjawab sebagai urus setia kepada majlis khas yang akan ditubuhkan bagi semakan pelaksanaan MA63.
Dilaporkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan Dewan Negara pada Disember lepas bahawa 17 perkara dalam MA63 telah mendapat persetujuan bersama, antaranya tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan di negeri Sabah, kuasa negeri ke atas isu kesihatan di negeri Sarawak dan Sabah, pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas di negeri Sarawak dan Sabah.
Bernama
Tue Jul 28 2020
Hanifah Hajar berkata, tiada keperluan untuk dedah laporan akhir JKK untuk semak pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63) kepada umum. - Foto BERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.