KUANTAN:Kerajaan negeri Pahang hari ini memutuskan untuk membenarkan maahad tahfiz dan sekolah pondok di negeri ini terus beroperasi secara bersyarat, iaitu pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan pusat pengajian mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, selain itu tenaga pengajar dari luar Pahang khususnya yang datang dari kawasan zon merah wabak COVID-19, dilarang untuk kembali mengajar di pusat pengajian agama di negeri itu untuk sementara waktu.
"Keputusan ini adalah bergantung kepada keadaan. Jika terdapat kes jangkitan baharu dilaporkan di sekolah pondok atau maahad tahfiz terlibat, maka arahan berhenti operasi akan dikeluarkan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata langkah itu merupakan langkah awalan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Pahang, walaupun negeri ini buat masa ini tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti negeri lain.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah kementerian itu, ditutup mulai hari ini sehingga tahun hadapan sebagai langkah memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Arahan itu turut terpakai bagi sekolah di negeri-negeri tidak dikenakan PKPB iaitu Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak.
Selain itu, Wan Rosdy berkata pasukan keselamatan dengan diketuai pihak polis akan meningkatkan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi terpilih mulai Rabu ini, bagi menyekat tindakan rentas negeri terutamanya dari zon merah ke Pahang.
"Bagaimanapun, polis masih mempunyai budi bicara dan memberi kelonggaran mengikut kes tertentu seperti kecemasan dan kematian. Kita berharap orang ramai dapat memahami tindakan ini bukan mahu menyusahkan, namun sebagai langkah pencegahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 09 2020

Arahan itu turut terpakai bagi sekolah di negeri-negeri tidak dikenakan PKPB iaitu Pahang, Kedah, Perlis dan Sarawak. - Gambar hiasan

Pesakit COVID-19 rentas negeri, 19 dijangkiti dalam Kluster Rantau Lada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini memaklumkan kes indeks Kluster Rantau Lada telah ke negeri Pahang dari Selangor.

AWANI Ringkas: Darurat tidak jejas keyakinan pelabur - Azmin | Rampasan dadah terbesar di Johor

10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
Dua kluster dikesan masing-masing di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28601283401610881216765/1885968_8967789641610881443193_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia
![[INFOGRAFIK] Kajian Astro AWANI terhadap peniaga di negeri PKP [INFOGRAFIK] Kajian Astro AWANI terhadap peniaga di negeri PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/3422288831610881216776/1885967_8967789641610881305011_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kajian Astro AWANI terhadap peniaga di negeri PKP

"Berita palsu lagi!" - Dr Noor Hisham
Foto yang tular di media sosial kononnya jangkitan COVID-19 hari ini mencecah 5,122 kes adalah palsu.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

MB Kedah disahkan negatif COVID-19
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID11-19.

Ais krim di China dijangkiti COVID-19
Sebanyak 65 kotak ais krim berkenaan telah dijual.

COVID-19: 3,339 jangkitan baharu, kes aktif kini hampiri 38,000
Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sejumlah 37,782 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan.

Maahad tahfiz, sekolah pondok dibenar beroperasi di Pahang
Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan maahad tahfiz dan sekolah pondok di negeri ini terus beroperasi secara bersyarat.

969 institusi pendidikan Islam di Johor ditutup mulai hari ini
Penutupan melibatkan 195 buah Tadika Agama Johor, 571 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan 109 madrasah tahfiz.

COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup
Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarahkan ditutup bermula 1 November.

Keluar album bantu cari dana pusat tahfiz
Pusat Tahfiz Al-Ulya melancarkan sebuah album mini 'Bismillah' sebagai inisiatif pencarian dana bagi menampung keperluan tahfiz berkenaan.

Asrama sekolah pondok musnah dalam kebakaran
Sebuah asrama di Pondok Pengajian Ustaz Haji Adnan, Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, Padang Serai, di sini musnah dalam kebakaran malam ini.

KLWBC2020: Nama dan jenama serta jiwa kental DSV
Datuk Seri Vida (DSV) mencipta utopia baharu. Konsep dunia bisnes masa kini bukan lagi menjual produk tetapi harus dipacu suntikan selebriti.

Pasca 3 tahun Ittifaqiyah: Sejauh mana kita menginsafi tragedi tersebut?
Sekalipun tragedi ini mengundang rasa amarah ramai orang, namun kita tidak dapat nafikan betapa ia telah menjadi asbab kepada perlaksanaan beberapa inisiatif dan langkah drastik oleh pihak berkaitan.

Remaja dihukum penjara kerana membunuh 23 individu di pusat tahfiz, failkan rayuan
Satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 17 Ogos 2020.

Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.