KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengarahkan beberapa agensi serta pengilang Benih Padi Sah (BPS) untuk menyelesaikan segera aduan berkaitan kelewatan bekalan serta penjualan BPS yang melebihi harga ditetapkan kerajaan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata agensi berkenaan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawalselia Padi dan Beras, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Katanya arahan itu dikeluarkan susulan aduan daripada beberapa pertubuhan petani dan pesawah berkaitan isu berkenaan, sehingga beliau sendiri turun padang semalam untuk memantau dan memeriksa dua kilang yang mendapat permit mengeluarkan BPS di Kedah.
"Hasil pemeriksaan yang dibuat telah mengenal pasti beberapa isu yang menyebabkan gangguan bekalan BPS ketika ini.
"Pihak pengilang BPS turut memberikan komitmen untuk membekalkan BPS dengan kadar segera kepada MADA. Bagi kawasan-kawasan di luar seliaan MADA, saya telah mengarahkan pemeriksaan dan penguatkuasaan ditingkatkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad berkata tindakan tegas mesti dikenakan ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan penjualan padi benih pada harga RM45 per kampit 20 kilogram.
Beliau turut berharap semua pihak terlibat memberikan kerjasama agar segala isu berbangkit dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan proses penanaman padi dapat mematuhi jadual telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Datuk Seri Mohamad Sabu berkata arahan itu dikeluarkan susulan aduan daripada beberapa pertubuhan petani dan pesawah berkaitan isu berkenaan. - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.