awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Madonna fokus pada kesihatan sebaik pulih dari jangkitan bakteria

Agensi
Agensi
11/07/2023
00:15 MYT
Madonna fokus pada kesihatan sebaik pulih dari jangkitan bakteria
Madonna berkata, dia kini "sedang dalam proses pemulihan" selepas diserang jangkitan bakteria sehingga terpaksa dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat. - Foto fail/AP
PENYANYI pop terkenal dunia, Madonna berkata, dia kini "sedang dalam proses pemulihan" selepas diserang jangkitan bakteria sehingga terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat (AS).
Dalam hantaran di media sosial, Madonna berkata, fokusnya adalah mengenai kesihatannya dan berterima kasih kepada peminatnya di seluruh dunia yang sentiasa menitipkan nasihat dan mesej yang positif.
"Saya yakinkan anda, saya akan kembali menemui anda secepat mungkin!" kata penyanyi berusia 64 tahun itu dalam kenyataan umum pertamanya sejak dilaporkan jatuh sakit pada hujung bulan lalu.
Penghibur yang sangat popular dengan lagu-lagu seperti Vogue, Material Girl dan La Isla Bonita berkata, dia dan pengurusannya juga pada ketika ini sedang merangka semula jadual konsert jelajahnya di Amerika Utara serta siri jelajah Eropah pada Oktober depan.
Dalam hantaran sama, Madonna menulis: “Terima kasih atas titipan semangat yang positif, doa dan kata-kata agar saya segera sembuh selain sokongan anda semua. Saya benar-benar dapat merasakan kasih sayang anda.
"Perkara pertama yang bermain di fikiran saya sebaik bangun di hospital adalah anak-anak saya.
"Keduanya, saya tidak ingin mengecewakan sesiapa sahaja yang telah membeli tiket konsert jelajah saya. Saya juga tidak ingin mengecewakan orang-orang yang telah bekerja keras bersama saya selama beberapa bulan terakhir untuk siri pertunjukan saya. Saya paling tidak gemar mengecewakan sesiapa sahaja,” tulis Madonna lagi.
Topic Berkaitan
#Madonna
#Jangkitan bakteria
#konsert jelajah dunia
#penyanyi lagu Vogue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan