KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membantu mana-mana pihak yang berminat membawa masuk sumber bekalan makanan ke dalam negara, terutamanya ayam dari loji pemprosesan yang sah susulan pemansuhan kelulusan kuota import (AP), kata Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid.
Beliau berkata langkah membawa masuk ayam dari luar negara dan arahan Kabinet untuk memberhentikan eksport ayam bermula 1 Jun, akan menstabilkan bekalan ayam dalam masa terdekat.
"Bagi pihak yang berminat membawa masuk sumber makanan dari luar, MAFI akan membantu dari segi memudahkan urusan perniagaan.
"Sementara dalam isu bayaran subsidi kepada penternak ayam yang sebelum ini didakwa lewat, sudah mula ada langkah intervensi dari MAFI.
"Kesan positif semua langkah ini diharap dapat dilihat dalam waktu terdekat," katanya ketika diwawancara secara dalam talian dalam program Ruang Bicara Khas bertajuk Pendekatan Bersama MAFI dan KPDNHEP: Selesaikah Isu Bekalan Ayam terbitan Bernama TV, yang disiarkan secara langsung pada Khamis.
Mengenai penyelesaian jangka panjang bagi isu bekalan makanan negara Haslina berkata MAFI komited untuk meningkatkan tahap sara diri negara, terutamanya bagi pengeluaran daging.
Sebagai contoh katanya jagung bijian yang merupakan makanan bagi ternakan dan dulunya diimport kini akan mula ditanam di dalam negara secara besar-besaran di Chuping, Perlis melalui penglibatan syarikat berkaitan kerajaan.
Sementara itu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof yang turut menjadi tetamu dalam program yang sama berkata, isu kenaikan harga dan kurang bekalan ayam pada masa ini dijangka diatasi dalam masa sebulan.
"Pengguna yang mendapati ayam dijual pada harga yang tinggi, boleh membuat aduan rasmi dengan memberikan maklumat terperinci.
"Gunakan pelbagai saluran teknologi yang disediakan KPDNHEP untuk membuat aduan," katanya.
Azman berkata KPDNHEP akan terus menganjurkan pelbagai program jualan dari semasa ke semasa, bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Langkah membawa masuk ayam dari luar negara dan arahan berhentikan eksport ayam akan menstabilkan bekalan ayam dalam masa terdekat. -Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.
Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP - Anwar
Kerajaan mencari satu formula bagi menambah baik tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM
KPK menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai KPSM kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.
Koperasi bantu kukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara - Ewon
Sebanyak 172 koperasi terlibat dalam sektor agromakanan mampu memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara.
Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept
Projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.
Sabah berpotensi jadi penyumbang utama bekalan makanan negara - Timbalan menteri
Negeri Sabah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur selain kawasan perairan yang luas.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
MAFI, kerajaan negeri setuju kekalkan pewartaan TKPM
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta kerajaan negeri secara dasar bersetuju untuk mengekalkan pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara
MAFI melalui Maqis merupakan benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara.
Perak tubuh jawatankuasa pantau kolam udang haram
Kerajaan negeri cuba mencari kaedah menang-menang untuk membenarkan perusahaan itu dijalankan mengikut syarat.