awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta

Bernama
Bernama
08/08/2022
10:33 MYT
MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Kenderaan awam perlu diletakkan di tempat yang disediakan dan terdapat 5,000 lot parkir kereta disediakan di Laman Tiba 1 dan 3,500 lot parkir di Laman Tiba 2 bagi kemudahan pengunjung. - Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengarahkan pihak pengurusan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 untuk menghentikan semua operasi tunda kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang berkuat kuasa serta merta.
MAFI mengeluarkan kenyataan mengenainya hari ini susulan laporan media berkenaan kereta pengunjung ditunda dan disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022 semalam.
Menurut MAFI, operasi tunda kereta dibuat bagi memastikan aliran trafik dan lalu lintas berjalan dengan lancar, serta membantu kelancaran sistem parkir di setiap kawasan parkir dalam MAEPS bagi mengelakkan aliran trafik menjadi sesak apabila terdapat kenderaan yang menghalang kenderaan lain.
MAFI berkata kenderaan awam perlu diletakkan di tempat yang disediakan dan terdapat 5,000 lot parkir kereta disediakan di Laman Tiba 1 dan 3,500 lot parkir di Laman Tiba 2 bagi kemudahan pengunjung.
"Pengunjung turut dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan menyebabkan kesesakan," katanya.
MAHA 2022 dianjurkan selama 11 hari bermula 4 Ogos lepas, menyaksikan penyertaan lebih 1,500 reruai pempamer, dengan sasaran lebih sejuta pengunjung dan RM250 juta potensi nilai jualan.
Setakat semalam, jumlah pengunjung MAHA 2022 yang direkodkan adalah seramai 404,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHA 2022
#tunda kereta
#parkir
#kesesakan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan