awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan

Bernama
Bernama
25/06/2022
21:30 MYT
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2022 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS). - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Penganjuran Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Selangor yang bermula 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ini kerana pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan susulan beberapa faktor termasuk penularan COVID-19.
"Jadi kali ini, saya rasa penganjurannya akan mendapat sambutan yang cukup baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Wilayah Selatan di sini pada Sabtu.
Turut hadir Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka Hairudin Yunos.
Ahmad berkata MAHA 2022, yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Sedang sehingga 14 Ogos ini, akan disertai kira-kira 250 usahawan sektor tanaman, perikanan dan penternakan dari seluruh negara.
Beliau juga berkata ekspo itu menyasarkan untuk menarik kehadiran 100,000 pengunjung setiap hari dengan hasil jualan melebihi RM250 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHA
#Selangor
#Ahmad Hamzah
#Ogos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan