awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHAR seru perpaduan, tindakan segera demi Gaza berikutan krisis semakin meruncing

Bernama
Bernama
07/04/2025
20:15 MYT
MAHAR seru perpaduan, tindakan segera demi Gaza berikutan krisis semakin meruncing
MAHAR menyeru lima tindakan segera dengan satu daripadanya adalah penghentian segera segala bentuk serangan dan pembukaan laluan kemanusiaan ke Gaza bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan selamat tanpa halangan. - Gambar fail/Facebook MAHAR
KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menyatakan kebimbangan yang amat mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza susulan serangan berterusan rejim Zionis Israel.
"MAHAR berdiri teguh bersama rakyat Gaza. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), agensi kerajaan dan rakan antarabangsa untuk menyertai misi kemanusiaan kami, menyumbang serta menyebarkan mesej solidariti dan keadilan.
"Kita mungkin jauh di mata, namun kita perlu dekat di hati - bersatu dalam tindakan dan kemanusiaan," kata Presiden MAHAR, Jismi Johari dalam kenyataan pada Isnin.
Sehingga kini, MAHAR memetik lebih 50,000 nyawa rakyat Palestin telah terkorban, manakala lebih 115,000 lagi cedera, menjadikan keadaan di Gaza sebagai malapetaka kemanusiaan yang tidak boleh lagi diabaikan.
MAHAR turut mengambil maklum fatwa terbaharu yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS) melalui Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, yang menyeru umat Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan rakyat Palestin.
Sebagai pertubuhan kemanusiaan bebas dan tidak berkaitan politik, MAHAR melihat fatwa itu sebagai cerminan kekecewaan umat Islam terhadap kekejaman yang berterusan serta kegagalan masyarakat antarabangsa menghentikan kezaliman terhadap penduduk Gaza.
Sehubungan itu, MAHAR menyeru lima tindakan segera dengan satu daripadanya adalah penghentian segera segala bentuk serangan dan pembukaan laluan kemanusiaan ke Gaza bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan selamat tanpa halangan.
Tindakan lain termasuk perpaduan negara-negara Islam bagi mengenakan tekanan terhadap Israel supaya menghentikan kekejaman, termasuk mengkaji semula hubungan diplomatik dan perjanjian damai sedia ada yang membolehkan penindasan berterusan, serta sokongan terhadap tindakan undang-undang antarabangsa dan tekanan diplomatik ke atas mereka yang terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Palestin.
Menurut MAHAR, serangan darat terbaru di Shuja'iyya, Bandaraya Gaza sekali lagi memperlihatkan kekejaman sistematik terhadap orang awam termasuk wartawan dan petugas bantuan yang turut menjadi mangsa.
"Ini bukan sekadar konflik - ia adalah malapetaka kemanusiaan," menurut kenyataan MAHAR.
MAHAR turut menzahirkan kebimbangan serius terhadap pembentukan "Morag Corridor" oleh tentera Israel - kawasan yang didakwa sebagai zon keselamatan yang memecahkan Gaza kepada beberapa wilayah.
"Koridor ini bukan sahaja menyekat pergerakan rakyat Palestin, malah secara langsung melumpuhkan sistem sokongan kemanusiaan dan menjejaskan penyampaian bantuan," kata MAHAR.
Diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada 2 April, koridor itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha sistematik untuk menghapuskan struktur sosial dan geografi Gaza, sekali gus menekan perjuangan rakyat Palestin untuk kebebasan dan kemerdekaan.
Untuk sumbangan atau kerjasama, orang ramai boleh melayari platform rasmi MAHAR atau menghubungi organisasi itu di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#krisis kemanusiaan
#MAHAR
#struktur sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan